Keusahawanan Melalui Takaful: Jadilah Usahawan
Dalam industri takaful di Malaysia, sesiapa sahaja yang cukup syarat untuk menjadi wakil takaful (baca: ejen) boleh melakukannya secara separuh masa atau sepenuh masa.
Apa yang mahu aku tekankan ialah ejen yang memilih menjalankan perniagaan ini sepenuh masa kerana inilah kerjaya mereka – kategori ini tidak termasuk kepada ejen yang hanya menjadikan takaful sebagai kerja sementara sebelum menerima kerja lain.
Paling mudah untuk aku terangkan perkara diatas ialah mengenai ‘sifat’ dan ‘sikap’ usahawan yang sebenar. Bukan mudah untuk menjadi usahawan takaful jikalau hanya mengharap leader semata-mata dalam membentuk keperibadian keusahawanan diri kita dalam industri ini.
Ramai ejen diluar sana melihat industri ini seperti industri lain sedangkan hakikat sebenar industri ini jauh berbeza, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan “budaya” perniagaan tersebut. Ejen perlu lihat bahawa perniagaan ini adalah perniagaan sendiri (Self Employed), dan setiap kejayaan kita dalam bidang ini adalah berdasarkan keputusan yang kita sendiri ambil.
Leader hanya sebagai Guru dan Mentor untuk kita menerima tunjuk ajar demi mengejar kejayaan yang diimpikan, tetapi tidak semua leader boleh melakukannya seperti yang kita kehendaki. Apa yang diajar oleh leader wajar kita ikut kerana mereka tidak akan pandu kita ke gaung kegagalan. Akan tetapi kita perlu berfikiran secara kreatif untuk menjadikan tunjuk ajar mereka sesuai dengan kita.
Ada sesetengah ejen yang 100% mengharapkan leader bagi membimbing kerjaya mereka, sedangkan pada waktu ejen tersebut menjadi leader, mereka hilang punca petunjuk untuk meneruskan kerjaya mereka. Malah apa yang paling aku rasa keliru apabila ada ejen yang tersinggung dengan leader mereka kerana tidak menyediakan kemudahan-kemudahan agensi untuk kegunaan ejen, sedangkan jika kita seorang yang bergelar usahawan takaful, perkara tersebut tidak menjadi perkara besar dalam perjalanan kerjaya ini kerana kita adalah seoarang usahawan yang boleh melakukan dan menyediakannya dengan sendiri.
Apa yang aku mahu sampaikan ini adalah setiap ejen berpotensi menjadi leader, tetapi untuk menjadi seorang usahawan mungkin memakan masa yang lama jika ejen masih mengharapkan leader. Akan tetapi, jika ejen tersebut sudah menguasai sifat dan sikap keusahawanan, mereka mudah untuk berjaya dan mudah mengadaptasi dan menyerap segala tekanan dalam industri ini.
Jadilah seorang usahawan walaupun anda masih bergelar ejen, kerana setiap usahawan takaful bermula sebagai ejen.
~ Artikel ini diterbitkan oleh WordPress melalui BlackBerry ~
40 Hari
Alhamdulillah, sudah hampir 31 tahun aku hidup di muka bumi dan berbagai pengalaman dan ilmu yang aku pelajari secara langsung dan tidak langsung. Tapi kalau nak dibandingkan dengan mereka yang sudah mencapai jubli emas, apalah sangat aku ni.
Bila bercerita tentang kematian, kebiasaan masyarakat kita iaitu ahli keluarga akan melakukan tahlil untuk si arwah agar ia tenteram di alam kubur. Secara syara’nya aku tak pasti sebab tak habis mengaji lagi bab ini, tapi secara adat memang selalu berlalu di mana-mana sahaja ceruk Malaysia ini. Paling lama pun 3 hari 3 malam yang pernah aku lalui, paling cepat pun sehari sahaja iaitu pada hari arwah dikebumikan iaitu pada malamnya. Malah ada yang tak buat pun kenduri tahlil arwah.
Adat di kampung aku, sudah memadai sehari kenduri tahlil. Itupun dengan niat juadah yang disajikan kepada tetamu adalah amalan sedeqah amal jariah untuk si arwah tersebut. Sebab ada Hadis yang menyatakan bahawa apabila matinya seorang manusia maka terputuslah dia dengan dunia kecuali 3 perkara iaitu: (1) Sedeqah jariahnya, (2) Ilmu yang bermanfaat, (3) Doa anak-anak si mati yang soleh dan solehah.
Baru-baru ini ada ahli keluarga aku yang meninggal. Pada aku bab kenduri tahlil arwah ni tak perlu nak bincang beriya-iya sangat sebab ia perkara mudah, jadi aku tak ambil kisah sangat. Tetapi bila dinyatakan kenduri tersebut nak dilangsungkan selama 3 hari berturut-turut maka aku terima sahaja tanpa banyak soal. Tetapi aku masih juga tertanya, kenapa nak buat sampai 3 hari? Adakah bacaan Yassin dan tahlil tersebut sampai kepada arwah?. Bacaan Yassin dan tahlil oleh anak-anak arwah memang boleh sampai tetapi bagaimana dengan bacaan para tetamu yang datang?.
Aku ambil pendekatan bahawa juadah yang diberikan kepada tetamu sebagai sedeqah jariah arwah untuk bekalan di kubur. Ok, itu dah selesai. 3 pun 3 harilah, jangan sampai cukup eddah sudah.. letih nak mengemas.
Tiba-tiba terdengar pula ‘fatwa’ yang aku tak pernah dengar dari mana-mana ulama’ bahawa segala barang arwah tak boleh disedeqahkan selagi belum cukup 40 hari arwah meninggal dunia. Terdengar lagi KATANYA arwah masih ada di rumah tengok anak-anak, tengok baju, tengok periuk belanga, tengok mesin basuh, tengok DVD, tengok TV, tengok Astro selama 40 hari dan ditambah lagi setiap hari raya arwah turun datang rumah. Jadinya, tak boleh sedeqah barang-barang tu nanti arwah menangis kononnya arwah sedih tengok semua barangnya dah disedeqahkan KATANYA. Tapi aku tak sure kalau jual barang-barang arwah dapat duit mungkin arwah tak menangis kot?
Pemahaman 40 hari inilah yang membuat aku sedikit marah kepada si tukang KATA tadi. Persoalannya sekarang, adakah arwah nak tunggu 40 hari dalam kubur baru arwah boleh dapat pahala sedeqah jariah tersebut?. Persoalan ini aku tak boleh jawab sebab ianya hanya logik akal semata-mata, tetapi yang jelas dalam mana-mana nas Al-Quran, Hadis, Ijma’ dan lain-lain lagi tak dinyatakan perkara ini. Perkara 40 hari ini hanyalah sebagai adat sahaja yang digunapakai oleh adat-adat tertentu yang tak mendalami ilmu Islam sebenar.
Bagi aku perkara yang baik tak tak elok ditangguhkan, baik dipercepatkan agar arwah dapat backup semasa dalam alam barzakh. Nak tunggu 40 hari baru dapat backup? Kalau berperang aku rasa dah kalah teruk dah… lunyai jawabnya. Sebab sayangnya ahli keluarga kepada arwah, jadi aku keraskan juga hujah aku agar diteruskan niat untuk sedeqah segala halmilik arwah yang boleh disedeqahkan agar arwah releks sikit di alam barzakh sana.
Semoga arwah dicucuri rahmat Allah Ta’ala hendaknya.. aminn.
Karut Marut
Al-Fatihah buat bonda mertua aku yang kembali ke Rahmatullah 5 Jan 2011 jam 2.00 pagi di Hospital Selayang. Terima kasih pada kakitangan wad 7D, 9C dan ICU yang menjaganya semasa arwah sedang sakit.
Dalam tengah-tengah kritikal, aku sentiasa berfikiran positif bahawa setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya dan ini semua qada dan qadar Allah Ta’ala yang menjadikan setiap sesuatu bersebab. Kadang-kadang orang Melayu kita mudah berfikiran dangkal tanpa berfikir apa yang menyebabkan sesuatu perkara itu berlaku. Apa yang terjadi ini sebagai pedoman untuk kita semua.
Barangkali hanya orang yang beriman sahaja yang muhasabah diri kenapa setiap musibah yang berlaku pada dirinya adalah sebab dosanya kepada Allah Ta’ala tanpa menuding jari kepada orang lain yang tak ketahui hujung pangkal. Percaya pada bomoh atau tukang mengarut yang kononnya pandai melihat itu dan ini menjadi punca kepada fitnah yang besar. Jelas di sini bahawa bomoh (tukang mengarut) semacam mahu tunjuk yang dia mempunyai ‘power‘ yang hebat sehingga boleh memberi perskripsi yang jelas siapa yang santau menyantau siapa. Padahal sakit yang di alami berpunca dek kecuaian menjaga kesihatan yang dipandang remeh.
Kepercayaan bomoh bukannya salah 100%, tapi kebanyakkannya tak boleh percaya. Secara fikiran yang waras ini, seorang bomoh kononnya tahu itu dan ini tetapi tidak menghadirkan diri ke Masjid untuk Solat Jumaat yang jauhnya rumah dan masjid itu hanyalah 2 minit berjalan kaki adakah boleh dipercayai?. Bagaimana pula kalau ada yang ‘claim‘ mempunyai ilmu ma’rifat yang tinggi tetapi menggunakan colok untuk mengubat adakah boleh dipercayai?. Bagaimana pula ada yang kononnya yang memberitahu bahawa menyantau itu adalah dari kalangan ahli keluarga yang terdekat sedangkan kita pasti dan tahu bahawa individu tersebut bertungkus-lumus Solat Hajat, tadarrus Al-Quran, baca Yassin, Qiamullail untuk minta keredhaan Allah Ta’ala agar orang disayanginya itu kurang terseksa, adakah bomoh tersebut boleh dipercayai?.
Aku menjadi tersentak dan mula mengambil langkah mudah dengan bomoh-bomoh seperti ini. menyebarkan pemikiran logik mengikut nas yang dibenarkan untuk menyedarkan ahli keluarga yang terdekat bahawa bomoh-bomoh ini langsung tak boleh pakai semata-mata mahu mengelakkan dari bahana fitnah melanda keluarga ini.
Paling menyedihkan, ada sesetengah mereka yang tak mahu berfikir secara matang ke atas apa yang berlaku ini. Mereka masih terkial-kial mempercayai bomoh-bomoh dan taksub dengan pembayang-pembayang yang dinyatakan. Kerjanya hanya menuding jari ke arah orang lain tanpa melihat dari sudut islamik. Ironinya mereka bersusah payah meminta pertolongan Allah Ta’ala tetapi solat fardhunya lebur.
Mungkin ini adalah hikmah untuk aku bahawa masih lagi ramai di luar sana yang mempercayai benda karut-marut walaupun mereka ini nampak moden.
Wallahu’alam..
Peluang Kerjaya
CAREER ENHANCEMENT FOR LIFE
Executive Financial Consultant
(Kuala Lumpur, Hulu Langat, Bangi, Rawang)
Etiqa Takaful Berhad, a Maybank group of company opens its door to talented individuals who seek challenges and enjoy the rewards of being in a dynamic and fast growing preferred participant. Built upon our core values; forging synergies with an ENTREPRENEURIAL enthusiasm, we deliver our services and results as a cohesive WINNING team, upholding the spirit of INTEGRITY and ONENESS with the BELIEF that every talented person can stretch their potentials, meet challenges and develop their minds to be the best. Our collaborative and solutions-based approach recognizes, empower and energies every individual to accelerate their career growth. Etiqa Takaful Berhad encourages flexibility and nimbleness and is committed in bringing out the best in YOU.
Etiqa Takaful Berhad is a fast growing and dynamic subsidiary of Maybank Berhad. Etiqa Takaful as known as Takaful Nasional has been in Malaysia since 1984 and sells a wide range of financial products, takaful, retirement and education. Due to our achievement, Etiqa Takaful Berhad is the NUMBER ONE leading takaful company in Malaysia and worldwide. We offer an excellent opportunity to join our team as Al Faiz Agency teams were also NUMBER ONE takaful agency in Malaysia that achieved collection where we break the record for 6.6 million sales collections worldwide. Welcome to our WINNING TEAM today!
Responsibilities:
- To help clients determine their needs and assist them in exploring avenues towards achieving their financial and life protection goals.
- Develop & expanding the existing customer database and soliciting new business.
- To conduct daily branch visitation for relationship building, business development, problem solving and dissemination of relevant information.
- To conduct product knowledge training/briefing at branch level and to gather market intelligence.
- To monitor sales target on monthly basis and to ensure that sales targets are achieved.
Requirements:
- Candidate must possess at least a SPM holder with 2 minimum credits.
- Diploma, Bachelor’s Degree, Post Graduate Diploma or Professional Degree in Business Studies, Administration, Management, Economics, Marketing, Finance, Accountancy, Banking, Commerce or equivalent are encourage to apply.
- Be Malaysian citizen, age 21 and above and are computer literate
- Required language(s): Bahasa Malaysia, English
- Possess own transport & willing to travel extensively and valid driving license.
- Fresh graduates and senior executives with working experience in the related field are encouraged to apply.
- Part-time positions available.
Benefits:
- Personal unlimited medical coverage
- Yearly holiday incentives and an opportunity to travel around the world.
- Enjoy career advancement in flexible working hours
- Extensive training provided
- Clear career development path.
Interested candidates are invited to apply online and e-mail it to mkjihadi@yahoo.com by attaching an updated resume or walk-in-interview by contact our HR Officer, Mr. Mohd Khairul Jihadi bin Yusof at 019-267 6416.
All applications will be treated in strict confidence and only short listed candidates will be notified.
Dimana Halalnya Takaful?
“Alaa.. insurans konvensional dan takaful tu sama aje, nama dan istilah sahaja yang berbeza“, kata seorang peserta dalam taklimat takaful di sebuah pejabat kerajaan.
Menjadi tanggungjawab aku untuk menerangkan perbezaan takaful dan insurans konvensional. Tidak perlu aku cerita semula mengenai Persidangan Fatwa Kali Ke-16 yang bertarikh 15-16 Februari 1979 yang telah memutuskan Insurans Nyawa (Life Insurance) adalah haram kerana terdapat 3 unsur Riba, Gharar (ketidakpastian) dan Judi kerana tak ramai yang faham makna dan istilah itu. Malah kadang kala ada sebahagian yang lebih faham agama dari Majlis Fatwa Kebangsaan ini. so, kita lupakan fatwa ini sekejap.
Mari kita bincang perkara yang lebih mudah. Apa itu akad jual beli?. Dalam Islam, jika sesuatu perkara itu terlibat dengan muamalat jual beli, maka ia mesti memenuhi rukun dan syarat jual beli tersebut. Antara rukunnya ialah:
1. Penjual dan pembeli
2. Sighah (ijab dan qabul)
3. Ma’qud Alaih (barang dan harga)
Hukum jual beli adalah halal dalam Islam jika sempurna rukun-rukunnya dan tiap-tiap rukun itu sempurna syarat-syaratnya. Sebagai contoh di antara syarat-syarat barang yang mesti dipenuhi ialah:
1. Wujud semasa jual beli
2. Harta yang bernilai dan bermanfaat
3. Milikan sah
4. Mampu untuk diserahkan
5. Mengetahui kuantiti, jenis dan sifat
Persoalannya di sini, apakah ciri-ciri “barang” dalam kontrak jual beli insurans nyawa (konvensional) seperti yang ditetapkan oleh syarak?
Kita sedia maklum bahawa kontrak insurans hanyalah sekeping kertas yang tertulis padanya manfaat kematian, manfaat-manfaat tambahan dan syarat-syarat dan terma kontrak. Tetapi tiada padanya “barang”. Selain itu bila penyerahannya? Penyerahan bila pembeli insurans tersebut mati. Tapi bila pembeli itu mati? Ada siapa yang dapat jawab.
Ok, di sini sudah jelas bahawa urusan jual beli insurans konvensional tidak dapat dipenuhi mengikut hukum syarak, atau dengan ayat mudah urusan tersebut tidak sah. Tetapi bagaimana takaful boleh diterima sedangkan method insurans konvensional dan takaful adalah sama.
Ya, method insurans konvensional dan takaful memang sama, tetapi urusan takaful tiada jual beli. Urusan jual beli tersebut telah digantikan dengan kaedah tabarru‘.
Maksud Tabarru’ ialah menderma atau memberi hak milik secara percuma. Dalam operasi takaful setiap peserta yang ingin mendapat perlindungan takaful mestilah dengan niat yang ikhlas menyumbang (tabarru’) sebahagian tertentu dari sumbangan atau caruman bagi membantu peserta-peserta lain yang menghadapi musibah. Dalam industri takaful, tabarru’ yang diperkenalkan ialah tabarru’ bersyarat (sumbangan bersyarat). Oleh yang demikian, dengan secara automatiknya kontrak dalam takaful adalah dibolehkan dalam Islam kerana tidak berlaku jual beli tersebut.
Secara sedar atau tidak, hukum jual beli dan syarat sah jual beli tidak berlaku dalam takaful. Di Malaysia, takaful mempunyai aktanya sendiri iaitu Akta Takaful 1984 yang membolehkannya berdiri sendiri sebagai satu pilihan alternatif dalam pengurusan risiko selain insurans. Selain itu juga, setiap syarikat pengendali takaful mempunyai Badan Pengawasan Syariah bagi mengawal kehalalan skim-skim takaful yang dikeluarkan, malah di Bank Negara Malaysia juga mempunyai Lembaga Pengawasan/Penasihat Syariah yang mengawalselia skim-skim takaful yang dipasarkan kepada orang ramai. Maknanya di sini, setiap skim takaful yang berada di Malaysia mendapat 2 tapisan syariah sebelum dipasarkan.
Bagi setiap syarikat pengendali takaful di Malaysia, setiap caruman oleh peserta hendaklah dilaburkan di tempat yang halal. Tempat-tempat yang halal ini dikawal oleh Suruhanjaya Sekuriti yang juga mempunyai Lembaga Pengawasan/Penasihat Syariah mereka sendiri dalam menentukan tempat/syarikat “Patuh Syariah” (Syariah Compliance). Oleh itu, secara dasarnya skim takaful memang halal dan dibolehkan, dan secara jelas insurans konvensional tidak mempunyai perkara-perkara ini.
Apa yang menjadi perbincangan dan salah faham sekarang ini adalah ada diantara kita yang tidak faham dan tidak mahu memahami takaful itu. Jika seorang itu telah membeli insurans konvensional dengan alasan 30 tahun dahulu tiada skim takaful, maka itu memang benar. Tetapi kini skim takaful sudah wujud, maka menjadi tanggungjawab diri sendiri untuk berhijrah ke skim yang lebih halal ini.
Dan ini menjadi tanggungjawab seorang wakil takaful untuk mempromosikan skim takafulnya disamping itu tanggungjawab yang besar adalah untuk memberi kefahaman yang jelas mengenai takaful tanpa memburukkan insurans konvensional. Bagi aku ini adalah sebahagian dari dakwah Islamiah. Perkara yang baik seeloknya dihebahkan kepada semua orang.
Wallahu’alam bissawab…
Mansuh UPSR & PMR: Ilmu Atau Markah
Seingat aku, perkara ni pernah aku bincang dengan rakan dan pensyarah universiti dalam setahun dua yang lepas. Pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR untuk sekolah dan hanya mengekalkan SPM sebagai peperiksaan penting untuk pelajar di Malaysia ini. Ya, aku memang setuju dengan cadangan ini kerana melihatkan generasi aku dan generasi selepas aku yang semakin “exam oriented” dan ini semacam KPI dalam hidup mereka, jadi aku kira ini menjadi semacam duri dalam daging, jikalau dibiarkan ia menjadi nanah dan kudis.
Kenapa aku nyatakan begitu?, kerana aku pernah berada di dalam kalangan murid yang kurang menyerlah. Dan aku tahu perasaan mereka apabila keluarga dan masyarakat mempersoalkan markah dalam setiap peperiksaan besar ini. Mana ibubapa yang tak mahu anaknya cemerlang dalam pelajaran? Semua mahukan perkara itu, tetapi sedarkah bahawa anak-anak tersebut ‘terseksa’ untuk mencapai apa yang ibubapa mereka mahukan. Mereka lebih terdedah kepada mencapai markah dari memahami ilmu, dan generasi inilah yang kita lihat banyak sekarang di Malaysia. Walaupun begitu, mereka akan juga matang dalam mencernakan sesuatu ilmu itu, tetapi lambat.
Markah yang menjadi KPI inilah yang menjadi duri dalam daging yang aku katakan itu. Setiap hari aku lihat ada ibubapa yang hantar anak-anak untuk ke kelas tuisyen bagi mencapai hasrat ibubapa itu sendiri bagi melihat anaknya cemerlang. Tetapi itu adalah hasrat ibubapa kerana sejak kecil kita tanamkan dalam kepala otak kita dan anak kita bahawa belajar sungguh-sungguh dapat markah cemerlang dan boleh dapat kerja yang hebat. Sedar atau tidak, itu adalah doktrin yang digunapakai. Anak tersebut bagai robot yang ada perasaan. Cuti sekolah pergi tuisyen, habis sekolah pun tuisyen hinggakan anak-anak tersebut tak tahu apa makna hidup dan terjumud dalam pemikiran yang terbelenggu dengan kelas, kelas, kelas. Kalau ini yang terjadi, tak perlu sebut tentang “kreatif”, “bijak” atau “think out of the box” kerana mereka tak reti dan tak tahu berfikir. Pada aku, mereka mungkin pandai, tetapi tidak bijak. Buktinya banyak dan tak perlu aku sebutkan, anda boleh fikir sendiri.
Aku percaya setiap manusia itu dicipta besama-sama dengannya satu “enzim” yang dipanggil “genius” atau “bijaksana” dalam setiap badan manusia, tetapi kita tidak dapat mengeluarkannya kerana doktrin yang aku sebutkan di atas. Sedangkan Allah Ta’ala mencipta kita lebih dari itu kerana ada bukti-buktinya. Masakan kita lihat ada orang yang genuis seperti Al-Jabar yang mencipta Teori Algebra, Ar-Razi yang mengkaji dengan lengkap saraf manusia dikala waktu itu barat masih gelap, Albert Einstain yang menemui zarah atom, dan kini Bill Gates dengan Windowsnya dan di Malaysia kita ada Mokhtar dengan kaedah matematiknya – Mokhdar dan banyak lagi – mereka mencipta sejarah. Dan setiap manusia berbeza caranya, tidak semestinya dalam bidang-bidang tertentu. Dalam politik pun ada genius politiknya, dalam perniagaan ada genius perniagaan, dalam penciptaan ada genius penciptaan, malah dalam bab membodek pun ada manusia yang genius dalam membodek, tetapi ini semua memerlukan pengalaman dan pemikiran. Tetapi bagaimana mahukan pengalaman dan pemikiran jika 11 tahun otak hanya tertumpu untuk dapat markah terbaik sahaja. Pergi tuisyen, balik tuisyen, baca buku, latih tubi akhir letih minda. Yang pasti keupayaan mereka lebih dari mencapai markah UPSR dan PMR yang kebanyakkan soalan objektif – soalan aneka pilihan – guna dadu pun boleh jawab.
Jikalau peperiksaan UPSR dan PMR ini memperlihatkan daya pemikiran atau keupayaan menganalisis sesuatu seperti peperiksaan SPM, mungkin tidak perlu dimansuhkan. Malah SPM pun perlu juga diubah corak soalannya yang lebih menekankan kepada keupayaan berfikir atau “common sense” murid-murid kerana nilai inilah yang perlu dibawa kedalam era pendidikan pengajian tinggi kelak. Kenapa aku kata begitu, sebabnya dalam pengajian di universiti juga ada mahasiswa yang masih belum matang untuk berfikiran kreatif, malah hanya tertumpu dengan nota suapan para pensyarah tanpa mengkaji dan menilai banyak bacaan. Tahniah kepada pensyarah yang mahukan rujukan lebih dari 10 buah buku atau jurnal bagi setiap assignment yang diberikan kepada mahasiswa bagi menambah input mereka ini, tetapi jikalau hanya setakat mahu assignment tersebut perlu lebih dari 3 mukasurat…. tak payah lah. Letak “spacing” 2.0, “font” Arial dan saiz 12, 2000-3000 patah perkataan dan boleh capai 3 mukasurat, tetapi semua goreng dan tak ada isi, kalau adapun hanya rujukan dari internet – http://www……. 20 rujukan pun boleh letak.
Apa yang aku sampaikan di sini adalah pandangan peribadi aku sepanjang bergelar pelajar. Malah sehingga kini aku masih belajar kerana indahnya ilmu, tetapi bukan untuk mengumpul sijil atau markah, kerana aku suka belajar. Belajar kerana kita gembira, dan gembira apabila dapat belajar. Bukan belajar kerana terpaksa dan dipaksa untuk belajar. Penekanan kepada aspek kemahiran berfikir dan mencari pengalaman boleh dengan cepat mematangkan murid-murid dan anak-anak ketahap yang kita sendiri tak dapat fikirkan. Kerana generasi akan datang lebih bebas dalam menggunakan akal fikiran anugerah Allah Ta’ala ini untuk kebaikan. Yet there is still a mirror of every positive thing….
Mati Itu Pasti: Bagaimana Skim Takaful Membantu Anda?
Sudah lama tak menjenguk blog ni…
Lama ditinggalkan kerana kerja aku mengingatkan orang ramai bahawa satu hari nanti kita pasti akan mati. Bunyi kerjanya agak ngeri. Siapa nak fikir pasal mati, sedangkan setiap dari kita (termasuk aku) bangun dari tidur akan menjalankan rutin harian sebagai seorang pekerja, usahawan, peniaga dan boss sekalipun bagi mencari rezeki yang halal untuk keluarga. Masakan mahu mendengar perihal mati?
Please don’t get me wrong!
Bukan aku mahu menyekat kebebasan anda semua mencari rezeki, carilah rezeki Allah S.W.T ini di seluruh pelusuk dunia bagaikan kita hidup beribu tahun, tidak salah. Apa yang aku bawa adalah ingatan mengenai “back-up” untuk mereka yang ditinggalkan ketika kita pergi kelak.
Adakah cukup bekalan kita untuk bertemu Yang Maha Satu itu adalah persoalan yang kita perlu jawab sendiri. Berbalik kepada tajuk entry ini, ya! mati itu pasti berlaku, hanya kita tidak mengetahuinya bila, di mana, bagaimana. Ada satu perkara yang aku mahu kongsikan di sini yang berkaitan hal mati ini iaitu adakah kita mempunyai “back-up” atau bekalan yang cukup untuk mereka yang ditinggalkan?
Bagi perancang kewangan, bekalan yang dimaksudkan adalah sumber “pendapatan alternatif ” atau dengan kata lain, gantian kepada pendapatan yang telah hilang akibat kematian kita, bapa, suami dll (pencari nafkah keluarga). Sebagai contoh;
Seorang suami dan juga bapa yang mempunyai 4 orang anak. Pendapatan bulanan keluarga RM 5000 (RM 3500 datang darinya, manakala RM 1500 lagi dari isterinya). Mempunyai aset rumah yang bernilai RM 200,000 dan kereta RM 15,000. Simpanan Tabung Haji RM 10,000 dan ASB RM 30,000. Perbelanjaan bulanan termasuk bayaran bulanan pinjaman rumah, kereta, bil-bil utiliti, sara hidup, pendidikan anak-anak dll lebih kurang RM 4,100 sebulan.
Menggunakan contoh di atas, apa akan terjadi kepada keluarga tersebut jika si suami pergi awal (mati awal)?
1. Pendapatan bulanan RM 3500 hilang
2. Perbelanjaan bulanan RM 4,100 menjadi defisit
3. Bayaran pinjaman rumah dan kereta akan tersangkut
Adakah simpanan mencukupi untuk menampung keluarga ini?
Simpanan Tabung Haji RM 10,000 + ASB RM 30,000 = RM 40,000. Mengikut perkiraan, bagi meneruskan gaya hidup yang sedia ada, iaitu perbelanjaan bulanan RM 4,100, maka RM 40,000 hanya dapat bertahan lebih kurang 9 bulan sahaja.
Bagaimana baki kehidupan keluarga itu selepas 9 bulan tersebut?
Inilah persoalan yang aku ingin utarakan kepada anda semua. Bagaimana keluarga tersebut ingin meneruskan gaya hidup yang sama seperti si suami masih hidup lagi iaitu sumber kewangan RM 3500 setiap bulan tanpa henti. Caranya ada;
Bagi si suami, pendekatan yang mudah ialah dengan mengambil perlindungan skim takaful yang bernilai lebih kurang RM 400,000 – RM 500,000 sebagai Manfaat Kematian. Dengan adanya dana ini, walaupun si suami baru sahaja menyertai skim takaful selama beberapa bulan, nilai perlindungan yang disetujui akan diterima oleh keluarganya.
Katakanlah si suami mengambil skim takaful yang bernilai RM 500,000. Si suami ditakdirkan umur pendek dan meninggal sebelum skim takaful ini matang, maka nilai RM 500,000 akan diwariskan kepada keluarganya. Bagi pihak keluarga, apa yang perlu dilakukan ialah menyimpan RM 500,000 ini ke dalam institusi kewangan yang boleh beri 7% – 8% dividen setahun. Jika 8% dari RM 500,000 ialah RM 40,000. Maka RM 40,000 ini dibahagikan kepada 12 bulan iaitu lebih kurang RM 3,300 sebulan.
Oleh yang demikian, selagi RM 500,000 ini ada di institusi kewangan yang dapat memberi 8% dividen setahun maka pendapatan bulanan RM 3,300 sebulan akan dinikmati oleh keluarga tersebut selama-mana wang tersebut berada di situ. Mungkin keluarga tersebut “short” RM 200 dari pendapatan sebenar jika si suami masih hidup, tetapi ini sudah memadai. Mungkin keluarga ini perlu menstruktur semula perbelanjaan mereka agar defisit tidak berlaku.
Apa yang aku ceritakan di atas jika si suami mati awal sebelum tempoh matang skim takaful yang disertainya. Bagaimana pula jika si suami umur panjang sehingga tempoh matang skim takaful tersebut? – hal ini akan dibincangkan untuk entry yang akan datang.
Wallahu’alam.




Apa Orang Kata