Ron95 Dan Ron97

Sejak stesen minyak guna minyak jenis Ron95 dengan harga murah RM 1.80 dari Ron97 yang berharga RM 2.08, maka aku dok pakai la minyak Ron95 dengan harapan banyak la boleh jimat bila guna kereta. Tapi semenjak dua menjak ni, kereta aku tak berapa elok mood dia. Naik bukit slow, pastu siap bergegar-gegar pula enjin. Bila tekan sikit paddle minyak nak kasi laju, tetiba terasa macam kereta ni jadi berat. Ada hantu tumpang apa? Haha.

Orang kata kalau guna minyak Ron95 ni tak berapa elok untuk kesihatan kereta. Mula-mula tu tak percaya sebab nak save duit punya pasal, tapi lain pula jadinya. Tak tahu apa sebabnya, tapi yang aku yakin lepas tukar minyak Ron97 barulah kereta aku sihat semula. Naik bukit tak semput, tekan laju pun ok, dan kalau long distant driving pun macam bawa kereta BMW aje… huhu.

Tapi yang jelas, poket aku rabak sikit bila pakai Ron97. Ye la, RM 2.08 seliter, pastu dengar kata bulan Mei naik lagi. Tapi yang penting kereta aku sihat wal afiat, tak ada nak meragam sangat, takut jadi punca traffic jam kat KL kalau rosak tepi jalan, nanti kena sumpah seranah dengan orang lain. Rabak pun rabaklah.

7 thoughts on “Ron95 Dan Ron97

  1. abgde berkata:

    Adakah gomen telah berjaya menipu rakyat untuk menggunaka Ron95 dan kalau kereta dah rabak kena beli kereta baru?

  2. azrolpm berkata:

    Kalau kerata lain aku tak tau, tapi kalau kancil 850 wife aku kalau pakai ron97 bunyi pinging & enjin gegar. Minyak boleh pegi 250km utk fulltank 25liter. Tapi kalau ron97 tak pulak semput, boleh pegi 280km fulltank. Perasaan aku ke apa?

  3. hasraf berkata:

    Penjelasan serba sedikit tentang apa yang dikatakan ron 95 dan ron 97:-

    “penarafan kadar oktana dalam petrol” adalah merupakan satu ukuran terhadap tahap keupayaan bahan bakar untuk menahan apa yang dikatakan sebagai ketukan enjin atau engine knocking. engine knocking ni berlaku ketikamana letupan dan pembakaran secara terkawal yg terhasil apabila bahan api tu bercampur dengan udara dalam silinder enjin dan menghasilkan sedikit gegaran yg berlaku dalam combustion chamber dan mengeluarkan bunyi bising sikit.

    kadar oktana ni selalunye dirujuk dengan frasa ‘indeks anti-ketukan’. kalau bahan api tu diberi nombor oktana yg lebih tinggi,maka itu bermaksud bahan api tu mempunyai daya tahan yg tinggi terhadap ketukan enjin.

    ORANG SELALU SEBUT PASAL RON RON NI.. APA SEBENARNYA RON TU?

    Selalunye ada 3 nombor oktana yg berbeza yg didatangkan dengan semua petrol.

    1. Petrol’s Research Octane Number (RON) = nombor oktana bagi penyelidikan dan kajian petrol, diukur berdasarkan hasil ujian yang mudah.

    2. Petrol’s Motor Octane Number (MON) = nombor oktana bagi motor petrol, diukur berdasarkan keadaan ujian yang lasak,ketat, dan pada kelajuan enjin yg tinggi serta suhu enjin yg maksimum.

    3. Road Octane Number (RON..jugak) = jadinye, purata bagi kedua-dua nilai ron dan mon sebagaimana nombor 1 dan 2 tadi tu akan dijumlahkan dan itulah yg dikatakan road octane number,yakni kadar sebenar yg terhasil dalam keadaan pemanduan sebenar.

    jadi kesimpulan ringkasnye,, antara ron 95 dan ron 97,

    bagi ron 97:-

    *- ron 97 memiliki daya tahan tinggi terhadap ketukan dari enjin..
    *- kerana daya tahan tinggi inilah, maka kita selalu perasan yg enjin x berapa bising sangat kan.
    *-ron 97 ditambah formula khas,sebab tu rasa power je bila pakai ron 97.
    *-sebab tu ron 97 mahal kerana bahan formula khas tu bukannya free…. hehehe

    manakala bagi ron 95:

    *- ron 95 kurang berdaya tahan terhadap ketukan dari enjin..
    *- kerana kurang daya tahan tinggi inilah, maka kita selalu perasan yg enjin kadang kadang ada bergegar dan kalau lagi teruk tu ada bunyi bising.
    *-ron 95,tidak ditambah formula khas,sebab tu rasa x power je bila pakai ron 95.
    *-sebab tu ron 95 murah sikit kerana bahan formula khas tu dah xde…. hehehe

    sekadar untuk berkongsi pengetahuan… jika ada kesilapan.. sudilah kiranya pihak yang berkenaan beri tunjuk ajar dan teguran..terima kasih

  4. try this berkata:

    At locatiohs like C. James Plumbing & Heating,
    yow wil discover somebosy who can assist you with your heating aand plumbing needs.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: