Dimana Halalnya Takaful?

Alaa.. insurans konvensional dan takaful tu sama aje, nama dan istilah sahaja yang berbeza“, kata seorang peserta dalam taklimat takaful di sebuah pejabat kerajaan.

Surat JAKIM mengenai insurans (klik untuk besarkan imej)

Menjadi tanggungjawab aku untuk menerangkan perbezaan takaful dan insurans konvensional. Tidak perlu aku cerita semula mengenai Persidangan Fatwa Kali Ke-16 yang bertarikh 15-16 Februari 1979 yang telah memutuskan Insurans Nyawa (Life Insurance) adalah haram kerana terdapat 3 unsur Riba, Gharar (ketidakpastian) dan Judi kerana tak ramai yang faham makna dan istilah itu. Malah kadang kala ada sebahagian yang lebih faham agama dari Majlis Fatwa Kebangsaan ini. so, kita lupakan fatwa ini sekejap.

Mari kita bincang perkara yang lebih mudah. Apa itu akad jual beli?. Dalam Islam, jika sesuatu perkara itu terlibat dengan muamalat jual beli, maka ia mesti memenuhi rukun dan syarat jual beli tersebut. Antara rukunnya ialah:
1. Penjual dan pembeli
2. Sighah (ijab dan qabul)
3. Ma’qud Alaih (barang dan harga)

Hukum jual beli adalah halal dalam Islam jika sempurna rukun-rukunnya dan tiap-tiap rukun itu sempurna syarat-syaratnya. Sebagai contoh di antara syarat-syarat barang yang mesti dipenuhi ialah:
1. Wujud semasa jual beli
2. Harta yang bernilai dan bermanfaat
3. Milikan sah
4. Mampu untuk diserahkan
5. Mengetahui kuantiti, jenis dan sifat

Persoalannya di sini, apakah ciri-ciri “barang” dalam kontrak jual beli insurans nyawa (konvensional) seperti yang ditetapkan oleh syarak?

Kita sedia maklum bahawa kontrak insurans hanyalah sekeping kertas yang tertulis padanya manfaat kematian, manfaat-manfaat tambahan dan syarat-syarat dan terma kontrak. Tetapi tiada padanya “barang”. Selain itu bila penyerahannya? Penyerahan bila pembeli insurans tersebut mati. Tapi bila pembeli itu mati? Ada siapa yang dapat jawab.

Ok, di sini sudah jelas bahawa urusan jual beli insurans konvensional tidak dapat dipenuhi mengikut hukum syarak, atau dengan ayat mudah urusan tersebut tidak sah. Tetapi bagaimana takaful boleh diterima sedangkan method insurans konvensional dan takaful adalah sama.

Ya, method insurans konvensional dan takaful memang sama, tetapi urusan takaful tiada jual beli. Urusan jual beli tersebut telah digantikan dengan kaedah tabarru‘.

Maksud Tabarru’ ialah menderma atau memberi hak milik secara percuma. Dalam operasi takaful setiap peserta yang ingin mendapat perlindungan takaful mestilah dengan niat yang ikhlas menyumbang (tabarru’) sebahagian tertentu dari sumbangan atau caruman bagi membantu peserta-peserta lain yang menghadapi musibah. Dalam industri takaful, tabarru’ yang diperkenalkan ialah tabarru’ bersyarat (sumbangan bersyarat). Oleh yang demikian, dengan secara automatiknya kontrak dalam takaful adalah dibolehkan dalam Islam kerana tidak berlaku jual beli tersebut.

Secara sedar atau tidak, hukum jual beli dan syarat sah jual beli tidak berlaku dalam takaful. Di Malaysia, takaful mempunyai aktanya sendiri iaitu Akta Takaful 1984 yang membolehkannya berdiri sendiri sebagai satu pilihan alternatif dalam pengurusan risiko selain insurans. Selain itu juga, setiap syarikat pengendali takaful mempunyai Badan Pengawasan Syariah bagi mengawal kehalalan skim-skim takaful yang dikeluarkan, malah di Bank Negara Malaysia juga mempunyai Lembaga Pengawasan/Penasihat Syariah yang mengawalselia skim-skim takaful yang dipasarkan kepada orang ramai. Maknanya di sini, setiap skim takaful yang berada di Malaysia mendapat 2 tapisan syariah sebelum dipasarkan.

Bagi setiap syarikat pengendali takaful di Malaysia, setiap caruman oleh peserta hendaklah dilaburkan di tempat yang halal. Tempat-tempat yang halal ini dikawal oleh Suruhanjaya Sekuriti yang juga mempunyai Lembaga Pengawasan/Penasihat Syariah mereka sendiri dalam menentukan tempat/syarikat “Patuh Syariah” (Syariah Compliance). Oleh itu, secara dasarnya skim takaful memang halal dan dibolehkan, dan secara jelas insurans konvensional tidak mempunyai perkara-perkara ini.

Apa yang menjadi perbincangan dan salah faham sekarang ini adalah ada diantara kita yang tidak faham dan tidak mahu memahami takaful itu. Jika seorang itu telah membeli insurans konvensional dengan alasan 30 tahun dahulu tiada skim takaful, maka itu memang benar. Tetapi kini skim takaful sudah wujud, maka menjadi tanggungjawab diri sendiri untuk berhijrah ke skim yang lebih halal ini.

Dan ini menjadi tanggungjawab seorang wakil takaful untuk mempromosikan skim takafulnya disamping itu tanggungjawab yang besar adalah untuk memberi kefahaman yang jelas mengenai takaful tanpa memburukkan insurans konvensional. Bagi aku ini adalah sebahagian dari dakwah Islamiah. Perkara yang baik seeloknya dihebahkan kepada semua orang.

Perbezaan Antara Insurans dan Takaful (klik untuk besarkan imej)

Wallahu’alam bissawab…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: