Keusahawanan Melalui Takaful: Jadilah Usahawan

Dalam industri takaful di Malaysia, sesiapa sahaja yang cukup syarat untuk menjadi wakil takaful (baca: ejen) boleh melakukannya secara separuh masa atau sepenuh masa.

Apa yang mahu aku tekankan ialah ejen yang memilih menjalankan perniagaan ini sepenuh masa kerana inilah kerjaya mereka – kategori ini tidak termasuk kepada ejen yang hanya menjadikan takaful sebagai kerja sementara sebelum menerima kerja lain.

Paling mudah untuk aku terangkan perkara diatas ialah mengenai ‘sifat’ dan ‘sikap’ usahawan yang sebenar. Bukan mudah untuk menjadi usahawan takaful jikalau hanya mengharap leader semata-mata dalam membentuk keperibadian keusahawanan diri kita dalam industri ini.

Ramai ejen diluar sana melihat industri ini seperti industri lain sedangkan hakikat sebenar industri ini jauh berbeza, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan “budaya” perniagaan tersebut. Ejen perlu lihat bahawa perniagaan ini adalah perniagaan sendiri (Self Employed), dan setiap kejayaan kita dalam bidang ini adalah berdasarkan keputusan yang kita sendiri ambil.

Leader hanya sebagai Guru dan Mentor untuk kita menerima tunjuk ajar demi mengejar kejayaan yang diimpikan, tetapi tidak semua leader boleh melakukannya seperti yang kita kehendaki. Apa yang diajar oleh leader wajar kita ikut kerana mereka tidak akan pandu kita ke gaung kegagalan. Akan tetapi kita perlu berfikiran secara kreatif untuk menjadikan tunjuk ajar mereka sesuai dengan kita.

Ada sesetengah ejen yang 100% mengharapkan leader bagi membimbing kerjaya mereka, sedangkan pada waktu ejen tersebut menjadi leader, mereka hilang punca petunjuk untuk meneruskan kerjaya mereka. Malah apa yang paling aku rasa keliru apabila ada ejen yang tersinggung dengan leader mereka kerana tidak menyediakan kemudahan-kemudahan agensi untuk kegunaan ejen, sedangkan jika kita seorang yang bergelar usahawan takaful, perkara tersebut tidak menjadi perkara besar dalam perjalanan kerjaya ini kerana kita adalah seoarang usahawan yang boleh melakukan dan menyediakannya dengan sendiri.

Apa yang aku mahu sampaikan ini adalah setiap ejen berpotensi menjadi leader, tetapi untuk menjadi seorang usahawan mungkin memakan masa yang lama jika ejen masih mengharapkan leader. Akan tetapi, jika ejen tersebut sudah menguasai sifat dan sikap keusahawanan, mereka mudah untuk berjaya dan mudah mengadaptasi dan menyerap segala tekanan dalam industri ini.

Jadilah seorang usahawan walaupun anda masih bergelar ejen, kerana setiap usahawan takaful bermula sebagai ejen.

~ Artikel ini diterbitkan oleh WordPress melalui BlackBerry ~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: