Monthly Archives: Januari 2013

Air Mata Rasulullah

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizin kannya masuk, “Maafkan lah,ayahku sedang demam“, kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?“, “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya“, tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut“, kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. “Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?“, tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu“, kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuat kan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?“, tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”, “Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku bahawa Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya“, kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini“, Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?”, tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal“, kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyatnya maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku“. Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. “Uushiikum bis shalati (peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu)“.

Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

Ummatii,ummatii,ummatii.. (Umatku, umatku, umatku”, dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihih, Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mengingat maut dan mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita.

Positifkah Kita?

Beberapa kali tertengok satu iklan mengenai “POSITIF” di tv. Ada yang nak tolong orang buta lintas jalan, ada yang nak bangun pukul 8 pagi, ada yang nak tolong Orang Asli, dan macam-macam lagi perkara yang dinyatakan untuk menunjukkan bahawa kita adalah positif. Ya, aku setuju dengan iklan seperti ini, sehinggakan pihak penganjur iklan juga buat pertandingan untuk menggalakkan rakyat Malaysia menjadi positif.

Dalam Islam, adab dan akhlak yang diajar telah pun ditanam untuk menjadi seorang positif. Dengan kata lain, akhlak Rasulullah SAW itu sendiri adalah role model yang paling positif yang mampu untuk mempengaruhi orang disekeliling untuk sama positif. Paling mudah perkara positif yang kita boleh lakukan mengikut akhlak Rasulullah SAW adalah senyum. Senyum itu sedeqah yang paling mudah, dan inilah bentuk perbuatan positif yang mempunyai aras yang paling tinggi frekuensinya yang akan mempengaruhi orang sekelilingnya.

Islam itu indah, mudah dan positif. Jika kita mengikut akhlak dan adab Rasulullah SAW, maka positiflah hidup kita. Memang perku untuk mempromosikan gaya hidup positif kerana manusia ini mudah lupa dan nafsu amarah sentiasa berebut untuk keluar dari dalam diri, tetapi dengan sifat positif, semua akan dapat diatasi. Jom POSITIFKAN diri anda!