Monthly Archives: Oktober 2013

7 Sunnah Hebat

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3 Qul, atau ayat Qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.

P/S: Semoga menjadi ingatan untuk diriku yang hina…

Kredit: Whatapps

Usrah Tunjang Tarbiyyah

Pernah suatu ketika zaman Rasulullah S.A.W dahulu, bangsa Arab Quraisy tertanya-tanya apakah rahsia Nabi Muhammad S.A.W mempunyai ramai pengikut. Tidak kiralah sama ada di dalam Mekah ataupun di luar Mekah. Sungguh ramai manusia yang terpengaruh dengan Baginda. Dan pengikut Baginda pula tidak gentar walau diugut dengan kematian. Puak kafir akhirnya buntu untuk melemahkan Baginda dan sahabat-sahabat Baginda dan akhirnya Baginda di gelar tukang sihir.

Kehebatan dan keteguhan aqidah para sahabat bimbingan Rasulullah ibarat satu benteng yang tidak akan mampu di bolosi senjata musuh. Teguh, thabat dan kukuh. Akhirnya,suatu ketika rahsia keteguhan mereka itu diketahui oleh umat manusia seluruhnya.

Rupa-rupanya kekuatan para sahabat dan pengikut Baginda terjana daripada satu bulatan. Bulatan yg di panggil usrah. Bulatan yang penuh dengan sinergi dan energi yang luar biasa yang tak mampu dihasilkan oleh pakar perubatan melalui teknik sains mereka.

Sirah di lakarkan penuh indah. Usrah yg julung kali di adakan adalah di rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam setelah Nabi mendapat wahyu kerasulan untuk menyampaikan risalah Islam kepada umat Baginda. Bermula dari bulatan yg bernama usrah itulah menyebabkan ramai penduduk Mekah ketika itu tertarik dengan Islam.

Di dalam bulatan usrah itulah aqidah di bina, fikrah di cerna, thaqafah di timba, ukhuwwah di cipta, kekuatan di jana, hukum di cerita, masalah di bicara dan akhirnya terhasillah produk bernama mukmin yang begitu di geruni oleh musuh zaman berzaman.

Namun sayangnya, bulatan yang telah tercipta sejak sekelian lama hanya di pandang sebelah mata oleh umat Baginda di zaman milennium ini. Kata mereka, bulatan itu membosankan, bulatan itu sudah ketinggalan zaman. Nah, bertepatanlah dengan itu, kita sendiri dapat melihat bagaimanakah kualiti produk penghasilan mukmin masa kini berbanding produk mukmin terdahulu.

Ayuh sahabat, bangunlah dari lena. Kembalikan kegemilangan Islam sewaktu ketika dulu dengan menghidupkan kembali sunnah yang hampir dilupai itu. Usrahlah sumber kekuatan, tanpanya jiwa kita kontang.

USRAH TUNJANG TARBIYYAH.

Agama Candu Masyarakat?

“Agama menjadi candu masyarakat” apabila:
1- Kita solat tapi tidak faham kenapa kita solat.
2- Kita berdoa, tapi tidak faham apa yang didoakan.
3- Kita berselawat, tapi tidak faham apa maka selawat.
4- Kita baca Quran, tapi al-Fatihah pun tak tau maksudnya.
5- Kita sembah Allah, tapi tak dapat nak jawab soalan, “Kenapa kita tak nampak Allah?”.
6- Kita beriman dengan malaikat, tapi tak dapat nak jawab, “Kenapa perlu ada malaikat, sedangkan Allah berkuasa?”.
7-
8-

Agama menjadi candu masyarakat – apabila kita buat amalan tanpa ilmu pengetahuan dan tanpa kefahaman.

Agama adalah suatu yang kudus dan suci manakala candu pula mengkhayalkan. Apa kaitannya?

Ia adalah ungkapan seorang Komunis yang tidak percaya kepada Tuhan. Dia menujukan kata-kata ini kepada pemimpin gereja yang memanipulasi gereja untuk memeras duit rakyat atas nama agama. Rakyat yang mendengar arahan pemerintah mengikut ketetapan itu dengan rela tanpa dapat berfikir secara lojik atas asas apakah perintah itu diamalkan. Mereka terkena dengan candu “perintah agama” sehingga menjadi rela dan redo atas apa yang berlaku dan sebagai balasannya adalah Syurga.

Marx menentang segala bentuk penindasan atas nama agama kerana ia memang mencandukan masyarakat. Atas nama agama sahaja, mereka sanggup berbuat apa sahaja walaupun miskin, susah, malah sehingga mati sekalipun. Islam pula bagaimana? Kerana ada di dalam Islam seperti mati Syahid dan sedekah kepada orang lain tanpa balasan. Adakah Islam juga candu kepada orang Islam?.

Ada dua perspektif bagi menjawab persoalan ini iaitu:

Pertama – Kerja, tawakkal dan redo bukan candu.

Terdapat di dalam rukun iman yang keenam itu ialah beriman kepada qada dan qadar. Iaitu mengimani bahawa apa yg berlaku, sama ada buruk atau pun baik, adalah dengan ketentuan Allah yg tidak mampu bg seseorang manusia menolaknya. Ungkapan seperti sabar, tawakkal dan sebagainya hanya diungkapkan selepas semua usaha dan ikhtiyar telah pun dilakukan. Pendekatan ini bukan mencandukan masyarakat, tetapi inilah iman kepada qada qadar yang Allah letakkan sebagai sebagai salah satu cara dalam menangani realiti kehidupan. Ada org susah, ada org miskin, ada yg kaya, dll. Kalau tiada iman ini org akan memberontak atau kecewa di dalam kehidupan, lalu membunuh diri.
Namun, ketika agama digunakan untuk menutup kelemahan sesuatu tindakan atau mencari alasan sebelum sesuatu tindakan yg berkesan dilakukan atau memeras wang dan keringat rakyat – kemudian diminta untuk bersabar, redo, syukur – maka ia adalah mencandukan masyarakat dengan agama.

Kedua – Agama perlu dengan ilmu.

Islam adalah agama yang sesuai dengan akal manusia. Kenyataan Marx itu ternyata meleset kerana Islam bukan kudus sehingga tidak boleh difahami. Sungguhpun ada di dalam Islam perkara yang gagal ditanggapi oleh akal tetapi kebanyakannya dapat difahami secara lojik. Masalahnya ialah orang Islam tidak dapat menjawab sehingga kepada persoalan basic di dalam agama seperti yang digariskan di atas. Ini menyebabkan agama dibuat atas dasar ikut-ikutan sahaja tanpa mengetahui asas kepada amalan itu. Dengan kata lain, dia rela dan sanggup melakukan amalan yang tidak difahaminya itu setiap hari walaupun dia tidak faham. Herankan.. kenapa? Mungkin agak kasar bunyinya, tetapi itulah ungkapan yang diberikan oleh Marx. Tetapi sekiranya orang Islam tidak faham Islam dalam perkara yang sangat basic, mungkin apa yang dikatakan oleh Marx ini ada benarnya.

Kredit: myfaisal online

Sarapan RM 6,000

Kes sarapan RM 6,000 di sebuah restoran Pengkalan Chepa, Kelantan sehari dua ni memang kecoh. Ye la, sarapan aje pun takkan la sampai RM 6,000, cekik darah punya harga – itulah yang akan kita fikirkan, tetapi setelah meneliti dan mendengar alasan dan penafian pihak restoran, maka jelas pada kita apa yang sebenarnya berlaku.

Saya tak mahu nak ulas panjang, cuma saya nak berkongsi pengalaman tentang perkara yang hampir sama situasinya dengan kes sarapan RM 6,000 ini. Sebelum saya memulakan kerjaya sebagai seorang wakil takaful ini, saya telah mengendali sebuah restoran milik keluarga mertua hampir dua tahun lamanya. Pada waktu itu, saya dan isteri sedang menghabiskan Ijazah Sarjana di MSU. Ibu mertua seorang katerer yang agak terkenal di kawasan beliau, kebanyakan pesanan tempahan katerer adalah dengan beliau, baik kenduri kahwin, kenduri kesyukuran, aqiqah, majlis-majlis keraian VVIP dan jabatan-jabatan kerajaan adalah dengan beliau. Kehebatan dan masakan yang sedap menjadi buah mulut orang ramai jika mahu menempah makanan, dan salah satu rahsia lain dari masakan yang sedap ialah harga adalah murah berbanding katerer lain. Begitu juga restoran, harga makanan dan minuman masih kekal walaupun kos bahan mentah ada kalanya naik dan tak turun-turun. Tetapi saya bersyukur kerana sambutan pelanggan masih kekal pada waktu itu.

Saya hanya menjaga dan mengendali restoran yang menyediakan sarapan, makanan tengahari, dan masakan Thai pada waktu malam. Selain itu juga, saya membantu dalam urusan katerer ibu mertu, tetapi hanya urusan kerja-kerja renyah, manakala urusan kewangan katerer saya tidak masuk campur, sehinggalah isteri berkongsi masalah urusan kewangan katerer yang agak meruncing dek kerana orang berhutang. Buat kenduri kahwin, nampak gah, tetapi berhutang. Ibu mertua saya ini jenis seorang yang lembut dan bertolak-ansur, kadang-kadang pelanggan sering mengambil kesempatan terhadap kebaikan beliau. Saya dan isteri pernah menjadi “Ah Long” untuk mengutip hutang kenduri kahwin sehingga si pengantin yang berkahwin dan mempunyai anak seorang, tetapi liat untuk membayar kos katerer kepada ibu mertua saya. Saya melihat perkara ini akan menjadi ‘barah’ yang akan merosakkan kewangan perniagaan katerer ibu mertua saya, dan sangkaan saya ini menjadi benar kerana ditambah dengan masalah L.O oleh pihak kerajaan yang mahu katerer tapi lambat bayar. Masalah L.O ini menjadi punca utama kerana ia mengganggu sistem aliran tunai perniagaan katerer ibu mertua saya. Jika L.O ini lambatnya seminggu atau sebulan mungkin tiada masalah, tetapi jika melarat sehingga dua hingga tiga bulan akan menyebabkan aliran tunai akan terganggu teruk.

Apabila masalah L.O ini berlaku, saya menasihati ibu mertua agar berhenti mengambil tempahan L.O dari kerajaan yang besar-besar, hanya ambil L.O yang kecil dan cepat dapat. Bukan tolak rezeki, tetapi masalah kewangan katerer semakin meruncing. Gaji pekerja perlu dibayar, bahan mentah juga perlu dibayar tunai, bil-bil utiliti juga begitu. Jika masalah aliran tunai yang selalu tertangguh ini berterusan, jawabnya katerer akan berhutang dengan pekerja dan supplier. Alhamdulillah, akhirnya masalah L.O ini semakin hari berkurangan. Tempahan dari syarikat swasta semakin hari bertambah kerana urusan dengan mereka mudah, hari ini makan, selesai makan bagi invoice, esok lusa dapat cek. Mudah dan menguntungkan.

Waktu itu kumpulan jabatan-jabatan kerajaan seperti biasa menempah katerer dengan ibu mertua, tetapi ada ketika mereka datang makan di restoran pula. Oleh itu dalam seminggu, kadang-kadang sehingga tiga kali kumpulan-kumpulan mereka datang untuk makan di restoran. Kali ini ia berkaitan terus dengan saya, kerana saya yang mengendalikan restoran tersebut. Masakan harian untuk menu tengahari biasanya dibuat untuk 300-400 orang sehari, tetapi apabila kumpulan kerajaan ini datang tanpa makluman awal akan menyebabkan pelanggan setia yang selalu makan di restoran ini tidak berkesempatan untuk menjamu selera kerana makanan telah licin. Selain itu, kumpulan kerajaan ini cuba untuk menjelaskan bayaran secara L.O juga dengan saya, tetapi saya jenis berkeras tidak terima L.O kerana pengalaman katerer ibu mertua telah mengajar saya. Jadi mereka terpaksa membayar secara tunai kepada saya sehingga ada kata-kata yang tidak sedap didengar sampai ke telinga saya kerana saya tidak berkompromi dengan mereka.

Saya tidak mengambil endah perkara tersebut, saya berniaga, bukan makan gaji seperti mereka yang sudah pasti duit masuk poket tiap-tiap bulan. Pendapatan saya berdasarkan keuntungan jualan harian restoran. Kalau tiada jualan akibat hutang, maka pendapatan saya, gaji pekerja dan pembelian bahan mentah juga akan terganggu. Saya kekalkan secara tunai. Dan kesan daripada itu, saya dinasihati agar tidak terlalu keras. Saya akur demi ‘menjaga hati’ sesetengah pihak. Aktiviti kumpulan kerajaan makan di restoran lama kelamaan semakin menjadi-jadi, sehinggakan pelanggan tetap terpaksa pergi ke restoran lain untuk menjamu selera. Masalah L.O kembali menghantui saya. Mereka datang makan tidak memaklumkan awal kepada saya, makanan cukup-cukup untuk pelanggan luar, bila habis makanan, pelanggan luar lari. Malah ditambah dengan L.O dan hutang. Memang pedih nak tanggung sehingga saya sendiri memaklumkan kepada ibu mertua untuk berhenti dari mengendalikan restoran beliau. Saya tak mampu nak bersabar dengan karenah mereka. Pada saya mereka bukan pelanggan saya, pelanggan saya adalah mereka yang datang ke restoran dan bayar tunai setiap hari itulah pelanggan saya. Mereka hanya datang apabila ada makan ‘percuma’ yang dibayar melalui L.O.

Saya mengambil risiko untuk berhenti dan menjadi wakil takaful secara sepenuh masa, kerana ini lebih baik dari menjalankan urusan dengan orang yang suka mengambil kesempatan diatas kebaikan orang lain. Selepas beberapa tahun saya meninggalkan restoran, akhirnya restoran terpaksa ditutup kerana masalah kewangan yang meruncing dan pemergian ibu mertua saya ke Rahmatullah. Dalam hati kecil saya ada sedikit kekesalan dan kecewa kerana tidak dapat membantu, mungkin saya penting diri sendiri. Tetapi saya ada alasan kukuh untuk itu, tetapi biarlah ia tenggelam dengan pengalaman yang telah lepas. Semoga roh ibu mertua saya dirahmati Allah Ta’ala.

Diantara Malaysia, Singapura dan Korea Selatan

“KAMU MELIHAT KEBENARAN, KAMU TAHU KEBENARAN TAPI KAMU TETAP MEMILIH KEMUNGKARAN”

Mengapa Malaysia semakin lama semakin tertinggal ???

ANTARA MALAYSIA & SINGAPURA & KOREA SELATAN

Bismillahirahmanirahim. Saya menulis analisis ini bukan atas kepentingan peribadi. Sebab saya bukanlah org politik, Ketua Cawangan atau JKKKK. Saya juga bukan ahli mana2 parti samada yg berhaluan kanan atau kiri. Saya menulis utk org2 susah…utk diri saya alhamdulillah cukuplah sekadar kehidupan sementara di dunia ini.

Oleh itu sudi kiranya sahabat membacanya tanpa mengira fahaman politik kalian. Bacalah dgn hati terbuka. Mengkritik kerajaan yg ada bukan bermakna benci tetapi mahukan kerajaan kembalikan peranan asalnya utk rakyat teramai ini….terima kasih.

Berdasarkan kenyataan bapak2 Menteri itu, sakit hati tak bila baca kenyataan mereka yg bergelar Menteri apabila ditanya oleh rakyat. Pastinya tergurisnya hati mereka yg telah memberi undi atau kepercayaan utk mereka. Selepas diberi kepercayaan mudah sahaja jawab mereka…”Kalau tak suka…”. Jadi eloklah kita panggil mereka ini “Menteri kalau tak suka”.

Saya ingin bertanya kpd anda, jika mereka ini menjadi ketua negara Singapura pada tahun 1965 selepas dipisahkan dari Malaysia, apakah yg akan berlaku? Tidak mustahil akan berulang kembali seperti sejarah Sultan Sulu, jual sahaja kpd Inggeris. Kerana apa saya kata demikian…kerana mereka tidak berwibawa utk membela nasib rakyat.

Jadi di sini mari kita buat perbandingan di antara Malaysia dan Singapura dlm pelbagai sudut. Singapura selepas berpisah dgn Malaysia dlm sengketa politik hanyalah sebuah pulau. Singapura bernasib baik kerana mempunyai seorang Ketua Negara yg diiktiraf dunia sebagai antara insan ‘genius’ di dunia. Saya bukan pemuja Lee Kuan Yew tetapi jujur ada perasaan kagum kewibawaanya.

Bayangkan di’nyah’kan dari Malaysia menjadi sebuah negara yg kecil tanpa minyak dan yg terpenting tanpa air. Nak buat apa??? Kuan Yew bertindak pantas…pertama apa yg dilakukan olehnya ialah menghapuskan rasuah dalam agensi2 kerajaan. Beliau tahu dgn rasuah negara ekonomi sesbuah negara akan hancur. Kemudian dia memulakan ekonomi pasaran bebas.

Anda bayangkan ‘genius’ atau tidak manusia yg bernama Kuan Yew ini…negaranya tiada air…tapi dgn air yg dibelinya dari Johor, dgn air itu juga dia membuat duit utk negaranya berjuta juta ringgit setahun. Johor pula kaya dgn air, dijualnya air tapi dibeli dgn harga lebih mahal daripada Singapura…heeeeee….lucukan.

Bukan pada air sahaja Kuan Yew lakukan tapi kpd minyak. Negara ini tiada minyak tapi dia mengimport minyak utk ditapis dan dieksportnya kembali minyak dgn keuntungan. Singapura juga menerusi dasar pendidikannya melahirkan pekerja yg mahir utk ekonomi negaranya tidak seperti Malaysia yg berminat mengimport tenaga mahir.

Kerana negara ini hampir sifar rasuah, Singapura berjaya menyakinkan pelabur apabila lebih 3 ribu syarikat melabur ke sana. Tidak cukup dari itu bagi menambah pendapatan negara, Singapura telah menjadikan negara sebagai sebuah pusat kewangan dan teknologi tinggi wilayah. Kini jutawan2 dunia terutama di rantau ini tidak perlu ke Switzerland lagi utk menyimpan wang mereka.

Berbanding dgn Malaysia, kita sepatutnya mampu mengatasi ekonomi Singapura. Kita mempunyai minyak, gas, kelapa sawit, kayu jati, air (dijual kpd Singpaura) dan pelbagai lagi. Mengapa kita tidak mampu menggunakan utk menjana ekonomi rakyat?

Kepimpinan negara yg baik, pemimpin kena sentiasa memikirkan bagaimana utk meningkatkan ekonomi rakyat dan bukannya membebankan rakyat. Contohnya dgn sumber alam semujadi yg begitu byk Tuhan berikan, kerajaan terpaksa mengambil subsidi rakyat malah duit rakyat utk dikenakan dgn pelbagai cukai. Persoalannya ke manakah duit negara yg byk itu dibelanjakan???

Apa?…’Hidden hand’…Ada teori mengatakan Singapura ketika dipisahkan dari Malaysia mereka telah meminta nasihat daripada Israel utk membangunkan ekonomi Singapura. Dlm erti kata lain Lee Kuan Yew bukan bertindak seorang diri.

Kenapa kata begitu, antara Lee Kuan Yew byk mengikut atau mengkaji apa yg dilakukan oleh Israel (Yahudi). Contohnya, Israel adalah pengeluar rokok terbesar di dunia tetapi 99% rakyat Israel tak merokok. Ini kerana hasil kajian, rokok akan menghasilkan rakyat yg ‘dungu’ dan berpenyakit.

Sebab itu Singapura melayani rakyatnya yg merokok seperti rakyat kelas kedua. Langkah itu berjaya mengurangkan perokok di kalangan rakyat Singapura. Sebab itu saya tidak menghalang kerajaan Malaysia menaikkan harga rokok kerana ia bagus utk rakyat memikirkan kembali utk berhenti merokok.

Ok tak mengapa…jgn gaduh2. Ye lah Jews bergabung dgn East Jews (bangsa China terkenal juga dgn jolokan East Jews kerana kepintaran mereka) kita terbang ke Korea…Kenapa saya pilih Korea? Korea adalah negara yg jauh lebih mundur dari Malaysia dan pada tahun 1980 ekonomi negaranya sama dgn kita.

KOREA SELATAN DAN MALAYSIA…

Pada tahun 1950…Korea adalah antara negara termiskin di dunia. Ia adalah akibat perang dgn Jepun di mana ketika itu Korea hanya bergantung kpd pertanian sahaja. Menurut ceritanya sekitar tahun 70 an KL jauh lebih maju dari Malaysia. Tapi kini Korea sudah menjadi negara maju dgn penguasaan teknologinya tinggi.

Kita lihat pendapatan perkapita Korea & Malaysia
a)Korea(1980)-$1845.66
b)Malaysia(1980)-$1804.12

Maksudnya di sini pendapatan Malaysia dan Korea lebih kurang sama pada tahun 1980..
Kemudian lihat apa yg berlaku 26 tahun selepas itu.
a)Korea(2006)-$18,674.44
b)Malaysia(2006)-$5,781

Kita ketinggalan hampir 323% dgn Korea. Sebenarnya sejak thun 1985 lagi Malaysia sudah ketinggalan hampir 200% dgn Korea. Kita berangan nak mencapai negara maju menjelang 2020, sedangkan kriteria utama nak jadi negara maju kena pendapatan perkapita $15K ke atas.

Ketika ini pendapatan perkapita kita hanya $5 sahaja. Hanya keajaiban sahaja yg mampu utk Malaysia muncul sebagai sebuah negara maju yg hanya tinggal 7 tahun sahaja lagi. Agak2 boleh ke kawan2?

Lihat di kala kegawatan ekonomi 1997. Korea lebih teruk dilanda kegawatan. Malah mereka terpaksa meminjam berbillion dari IMF. Tapi mereka bergerak pantas utk menjadi negara maju selepas itu. Sedangkan Malaysia yg kononnya hebat sgt tidak meminjam IMF, masih termengah mengah utk memulihkan ekonominya. Pelaburan asing semakin mengecil, pelaburan swasta dlm negeri semakin menurun. Tentu ada yg tak kena dgn polisi yg ada sekarang?

Dari sebuah negara antara yg paling miskin, mereka kini menjadi negara paling kaya dgn nilai ekonomi trillion. Malah mereka menggunakan NIC atau teknologi nuklear mereka dgn baik. Tapi sayangnya bukannya teknologi Korea ini yg dipelajari atau diminati tetapi Gagnam Style dan K Pop yg sampai dulu walaupun 99% rakyat Malaysia tak faham apa yg dinyanyikan. Malah siri drama Korea menjadi kegilaan rakyat Malaysia…khasnya org Melayu bab hiburan nombor satu….heeee.

Kebangkitan Korea dlm bidang automobil awal sedikit dari Proton. Tapi kini kereta Korea (Hyundai & Kia) menguasai 70% kenderaan di Brunei, terjual 1 juta unit di Amerika dan berjuta di seluruh dunia. Proton masih mencari identiti dan pengaruh di negara sendiri. Malah lebih memalukan rakyat sendiri pun tak percaya termasuk saya.

Selepas sengsara 5 kali tukar gear box kereta Perdana V6 dulu, taubat saya nak menggunakan kereta Malaysia. Bukan sebab kita tak patriotik atau tak sokong kereta buatan Malaysia tetapi bagi saya Proton sendiri mengkhianati penggunanya sendiri..5 kali tukar RM 15 k.

Selain itu antara membuatkan pelik dgn Proton kerana tidak mementingkan bab keselamatan pengguna. Kenapa perlu bezakan kalau beli yang basic, ABS dan airbag tak ada .Kalau beli high-line, semua benda tu ada. Seolah-olah yg kaya kamu mendapat lebih keselamatan jika berlaku kecemasan dari org miskin. Mcm kes kapal Titanic la pulak.

Berbalik kpd negara Korea…mereka sudah jauh pergi dlm peciptaan produk elektronik. Malah mereka menguasai dunia seperti Samsung dan LG. Samsung seperti saya tulis sebelum ini adalah jenama HP yg paling digemari di seluruh dunia..Pelaburan berbillion ringgit kerajaan Korea kepada generasi pelajar2 utk menguasai Sains Teknologi membuahkan hasilnya kini.

Ekonomi Korea Selatan maju sebab rakyat dia berani bersuara. Di sana mereka yg berjawatan pemimpin tak berani nak buat benda2 mengarut macam di Malaysia. Mentaliti rakyat kita masih lagi rendah walaupun pada hakikatnya dan 53 tahun merdeka. Senang je kena tabur janji bagai…bagi BRIM balik pilih benda yg sama . Perlu diingat sampai bile kita nak macamni.

Bagi saya parti politik hanyalah satu wadah. Pembangkang perlu wujud sebagai chk n balance. Saya tak kata kita patut bangkang je apa yg kerajaan buat. Kalau idea bagus, kaedah efisyen, kita pun boleh setuju. Begitu juga kalau ada idea pembangkang yg bagus, kerajaan memerintah patut bersetuju dan laksanakan. Itulah guna pembangkang dlm setiap negara.

Contoh, byk ketirisan yg berlaku dlm pentadbiran. Korea dan Singapura masalah inilah dulu dibasminya (rasuah). Tapi kita cakap bab rasuah mcm halal pula jadinya. Malah rasuah boleh disebut sebagai komisen utk menghalalkannya. Itu sebab Malaysia still tak boleh compete dgn mereka.

Cukup-cukuplah kata ringgit Malaysia semakin mengukuh sedangkan pada hakikat, matawang asing yg lemah. Kalau kukuh, mesti ada beza dalam kuasa beli. Cuba bandingkan dgn nilai dolar Singapura. Kita semakin lama semakin jauh tertinggal.

Suruh rakyat berjimat…ambil subsidi rakyat. Tapi dlm masa yg sama sibuk nak buat Menara Warisan sedangkan kadar occupied ruang pejabat kat Malaysia ni pun masih lgi dalam kadar 60-70%.Ni tambah lagi beribu pejabat kosong buat apa? Bukankah rakyat rasa diperbodohkan.

Lepas tu kita tgk tahap kecerdasan pemimpin kita. Bila rakyat tanya, sakitnya hati bila kita membacanya…sebab apa mereka begitu. Sebab bukan bidang mereka atau ada agenda tersembunyi. Bodohkan rakyat mcm tak rasa bersalah langsung.

Patut letakkanlah seseorang Menteri itu mengikut kebolehan Menteri terbabit. Yg dulunya belajar ekonomi, PM letak dia dekat Menteri Kebudayaan….sebagai contoh. Apa yg dia boleh sumbangkan. Cuba letak di tempat kemahirannya baru la ia berfungsi dgn baik di kementerian terbabit sb Menteri itu tahu tahu kerja dia macamana.

KENAPA MALAYSIA TAK MAJU2…

Ok, persoalannya kenapa kita tertinggal dgn Singapura dan Korea? Malaysia tak maju sebab kekayaan hanya berlegar pada kroni2 terutama utk parti politik sahaja. Rasuah tak pernah menurun. Audit setiap tahun kerajaan hilang antara 20-30 billion tiap2 tahun. Tak tahu sapa yg lesapkan.

Korea minyak tiada, kayu balak tiada, kelapa sawit tak ada, petroleum tak ada, gas tak ada, Umno tak ada tapi mereka jauh meninggalkan kita. Malah terpaksa berperang dgn Korea Utara lagi. Nak jimatkan kos mereka bawa masuk tentera US . Korea tak buat projek mega, tak buat Istana nak menunjuk2, tak buat rumah PM sampai RM 250 juta. Tapi mereka buat jalan raya yg baik, empangan, budget pendidikan dan sukan yg tinggi utk rakyat mereka.

Selain itu masalah terbesar negara, Malaysia hanya berbangga sebagai bangsa pengguna. Manakala Korea Selatan itu bangsa pencipta . Dlm isu yg lalu saya katakan Pakistan pun dah mampu bina kapal selam sendiri. Sebab itulah mereka boleh pergi jauh, yg kita semakin lama semakin jauh ketinggalan.

UK, US dan Jepun (3 negara maju di dunia) …mereka ni boleh tukar kerajaan setiap penggal kalau mereka tak puas hati dgn dasar pemerintah. Kita tak boleh kerana jika UMNO tidak memerintah maka muncullah hari kiamat. Rakyat akan mati kebuluran. Jalan raya tidak ada lagi org yg mampu membinanya dan sekolah terpaksa ditutup.

Buat sahabatku sekalian. Sebenarnya ia bukan soal UMNO, PAS atau PKR. Ini soal maruah bangsa. Rasuah (duit rakyat) tetapi digunakan atau diambil berbillion ringgit utk perut individu tertentu. Sedangkan jika ketirisan itu mampu disifarkan, nescaya kita mampu memberikan pendidikan percuma.

Kerajaan yg baik sepatutnya memikirkan bagaimana utk membantu rakyat. Bukannya membebankan rakyat. Kerana kegagalan mereka menguruskan dana negara dgn baik atau dilimpahkan kpd kroni masing2, rakyat yg terpaksa menanggung beban tersebut. Umpama anak yg pinjam wang pada Along, habis satu keluarganya diganggu atau diperas ugut. Terpulanglah kpd kalian.

Ada satu peribahasa Inggeris berbunyi, “Anda melihat kebenaran, anda tahu kebenaran itu tetapi anda tetap memilih kemungkaran”.

– Norman Liverpool [truncated by WhatsApp]