Usrah Tunjang Tarbiyyah

Pernah suatu ketika zaman Rasulullah S.A.W dahulu, bangsa Arab Quraisy tertanya-tanya apakah rahsia Nabi Muhammad S.A.W mempunyai ramai pengikut. Tidak kiralah sama ada di dalam Mekah ataupun di luar Mekah. Sungguh ramai manusia yang terpengaruh dengan Baginda. Dan pengikut Baginda pula tidak gentar walau diugut dengan kematian. Puak kafir akhirnya buntu untuk melemahkan Baginda dan sahabat-sahabat Baginda dan akhirnya Baginda di gelar tukang sihir.

Kehebatan dan keteguhan aqidah para sahabat bimbingan Rasulullah ibarat satu benteng yang tidak akan mampu di bolosi senjata musuh. Teguh, thabat dan kukuh. Akhirnya,suatu ketika rahsia keteguhan mereka itu diketahui oleh umat manusia seluruhnya.

Rupa-rupanya kekuatan para sahabat dan pengikut Baginda terjana daripada satu bulatan. Bulatan yg di panggil usrah. Bulatan yang penuh dengan sinergi dan energi yang luar biasa yang tak mampu dihasilkan oleh pakar perubatan melalui teknik sains mereka.

Sirah di lakarkan penuh indah. Usrah yg julung kali di adakan adalah di rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam setelah Nabi mendapat wahyu kerasulan untuk menyampaikan risalah Islam kepada umat Baginda. Bermula dari bulatan yg bernama usrah itulah menyebabkan ramai penduduk Mekah ketika itu tertarik dengan Islam.

Di dalam bulatan usrah itulah aqidah di bina, fikrah di cerna, thaqafah di timba, ukhuwwah di cipta, kekuatan di jana, hukum di cerita, masalah di bicara dan akhirnya terhasillah produk bernama mukmin yang begitu di geruni oleh musuh zaman berzaman.

Namun sayangnya, bulatan yang telah tercipta sejak sekelian lama hanya di pandang sebelah mata oleh umat Baginda di zaman milennium ini. Kata mereka, bulatan itu membosankan, bulatan itu sudah ketinggalan zaman. Nah, bertepatanlah dengan itu, kita sendiri dapat melihat bagaimanakah kualiti produk penghasilan mukmin masa kini berbanding produk mukmin terdahulu.

Ayuh sahabat, bangunlah dari lena. Kembalikan kegemilangan Islam sewaktu ketika dulu dengan menghidupkan kembali sunnah yang hampir dilupai itu. Usrahlah sumber kekuatan, tanpanya jiwa kita kontang.

USRAH TUNJANG TARBIYYAH.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: