Monthly Archives: Mei 2014

Tepuk Dada, Tanya Iman

Belajar. Belajar. Belajar. Siapkan assignment. Belajar lagi. Kerja part time. Belajar lagi. Futsal sampai pukul dua pagi. Study. Exam. Exam lagi. Carry marks lagi. Belajar lagi. Kerja sepenuh masa. Rindu orang itu, orang ini. Cemburu orang itu dengan orang ini. Bincang pasal nikah. Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi kelas. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib ke mana. Perut lapar, cari makanan. Duit takde, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al-Quran tak bersentuh, masjid tak jejak.

Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet:

Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat.”

Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, “Benda dah selalu diingatkan. Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat.”

Teruskan dengar pula lagu Mr. Saxobeat, online lagi. Main game.

Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk pandang kita. Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu.

Sambung dengar lagu Starships pula. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi. Baca Al-Quran? Ala nanti-nanti boleh.

Malaikat maut menjengah lagi.

Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah. Berlalu sepuluh minit, tengok jam, cipta alasan lain pula. Sampai dah tinggal lima minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi wudhuk, nak solat. Itu Alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Guane tu?

Malaikat maut ziarah lagi.

Nasib tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.

Sebelum tidur, belek-belek phone dulu. Wish goodnight kat boyfriend/girlfriend dulu.

Biy, nanti kejut I bangun solat subuh eh? Goodnight sayang. I love you. Esok mesej lagi :*

Baru nak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ahh sudah. Siapa pulak nak kacau aku ni.

“Nak apa?”

Kasar intonasi. Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk macam ni.

“Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak Adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan.”

Tergamam.

Ah. Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana.

Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh. *tepuk dahi*

Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. Dah janji nak mesej awek. Esok kena hantar assignment, deadline. Macam mana ni.

Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik.

Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa nak ambil nyawa. Selama ni leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila. Tapi…. semuanya dah terlambat.

Jadi, mulai dari sekarang. Rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat?

Tepuk dada, tanya IMAN.

Advertisements
Di tag , , , , , ,

Khusyuk Solat

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk.

Lantas dia selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?

Hatim berkata, “Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu’ zahir dan batin.”

Isam bertanya, “Bagaimana wudhu’ zahir dan batin itu?”

Hatim berkata, “Wudhu’ zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu’ dengan air, sementara wudhu’ batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara:-

* Bertaubat,
* Menyesali dosa yang telah dilakukan,
* Tidak tergila-gilakan dunia,
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya’),
* Tinggalkan sifat berbangga,
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu, dan
* Meninggalkan sifat dengki.

Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:

1. Aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5. Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Siratal mustaqim’ dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku.

Kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku faham maknanya.

Seterusnya aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk; aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Di tag , , ,

Wahai ‘Fresh Graduate’…

Wahai para ‘fresh’ graduate, ambe nak bagitau beberapa perkara berkenaan cari kerja secara online ni…

(1) Kalau ada email balas yang tulis NOREPLY, maksudnya “No Reply” iaitu ‘Jangan Balas’ sebab ia auto-respond dari email pihak majikan. Tapi kalau korang balas juga, maknanya korang memang ‘tut’ oleh pihak majikan.

(2) Dah la balas email NOREPLY tu, pastu email pihak majikan akan auto-respond sekali lagi dengan email NOREPLY, pastu korang balas sekali lagi email NOREPLY, pastu email pihak majikan akan auto-respond sekali lagi dengan email NOREPLY… Kalau dah macam tu bila nak habis kan?, Oleh itu secara automatik juga pihak majikan akan cakap, “Letih kita kalau budak ni kita amik kerja”.

(3) Dah la balas email NOREPLY tu, buat ayat2 sedih siap merayu2 bagai, pastu demand gaji RM 2,500 keatas sahaja… Pihak majikan akan cakap, “Good for your luck la dik”.

(4) Dah la balas email NOREPLY tu, pastu siap paksa2, “Bila pihak encik nak panggil saya temuduga ni?”… Adoyai… Sampai bila2 la pihak majikan tak panggil korang temuduga nampaknya.

(5) Dan yang paling kurang asam, bila korang dihubungi oleh pihak majikan, dan korang tak tahu kerja apa yang korang apply. Ini tahap ‘tut’ melantun2 tahap 88 tingkat tak boleh pakai.

Haha…

Wali, Waris dan Warisan

Perkara yang selalu kita terlepas pandang.

Jika anda seorang ATUK, AYAH, ABANG atau ADIK LELAKI, anda adalah WALI kepada CUCU PEREMPUAN, ANAK PEREMPUAN, KAKAK dan ADIK PEREMPUAN anda dimana terletak pada anda TANGGUNGJAWAB jika mereka kematian SUAMI.

Sebagai wakil takaful, nasihat aku mudah sahaja iaitu – menjadi TANGUNGJAWAB anda untuk memastikan semua MENANTU LELAKI, ABANG dan ADIK IPAR LELAKI anda memilik sijil TAKAFUL kerana jika berlaku musibah terhadap mereka, sekurang2 tidak menjadi beban kepada ANDA sebagai WALI mereka dari segi kewangan, kerana….

….kerana nak tanggung diri sendiri dan keluarga sendiri pun menggagau setiap bulan, boleh pening mikir… Temui wakil takaful anda sekarang, atau PM aku…

Dibawah ini adalah satu perkongsian dari rakan Facebook:

Rupanya setelah kematian suami tanggungjawab mencari nafkah buat anak-anak jatuh kepada walinya…iaitu datuk atau pakciknya, bukan tanggungjawab si ibu. (Perkongsian dari ustazah Nik Salida Suhaila – al Maraaya, tv alhijrah). Padanlah dari segi pemberian faraid bahagian isteri paling sedikit berbanding yang bakal diterima oleh waris yang lain. Saya tahu pun setelah kematian ayah 7 tahun yang lepas. Pada ketika itu saya tertanya-tanya, kenapa bahagian isteri paling sedikit sedangkan isterilah yang bakal menanggung keperluan anak-anak kelak. Bahkan rumah dan kereta peninggalan suami boleh dituntut wali jika tidak tersenarai sebagai harta pusaka yang dikhususkan untuk si isteri.

Ramai dari kita tidak tahu kerana belum pernah dengar lagi ada wali yang mencari nafkah buat anak yatim yang masih mempunyai ibu. Inilah amanah Allah yang dilupakan. Demikianlah besarnya tanggungjawab seorang lelaki…bertanggungjawab anda bukan hanya kepada anak isteri sahaja.

Informasi Hospital Kerajaan Yang Ramai Tidak Tahu

Walaupun anda bekerja di Jabatan Kerajaan dan diberikan jaminan bilik kategori 1st class, tidak semestinya jaminan bilik 1st class tersebut dapat diduduki. Tetap kena ikut giliran menunggu bilik kosong. Jika tiada bilik kosong, duduk la di tempat yg kelas ekonomi sehingga giliran anda dipanggil.

Walaupun disediakan kepada kakitangan kerajaan dari segi bantuan kos rawatan, ubatan dan bilik rawatan yang baik, namun kos peralatan dikecualikan. Peralatan yang dimaksudkan adalah seperti peralatan besi, alat bantuan dll. Anda harus bayar dulu kos tersebut kemudian tuntut semula dengan jabatan.

Ramai dikalangan orang kerajaan tidak tahu tentang perkara ni. Jika kos peralatan memerlukan belanja puluhan ribu, mungkin secara tidak langsung akan bebankan keluarga mereka.