Category Archives: Kehidupan

Demi Masa

Teringat perkongsian dari En. Nur Azam Zamberi (Top-3 Pengarah Agensi Kumpulan Terbaik Etiqa Takaful Berhad) hari Sabtu lepas. Katanya, andai kita tidur 8 jam sehari, ia bersamaan dengan 240 jam sebulan, dibahagi dengan 24 jam, dapat 10 hari sebulan, dan didarab dengan 12 bulan, kira-kira 120 hari setahun = 4 bulan kita habiskan masa untuk tidur sahaja!!! Itu tak masuk aktiviti makan minum, sembang, lepak, qadar hajat dan lain-lain. Memang betul-betul kita banyak membuang masa. 

Dalam masa setahun, hanya tinggal 8 bulan sahaja kita gunakan masa untuk kehidupan – ibadat, amal, kerja dll. Jika dalam 8 bulan ini ambil sambil lewa, maka kita berada dalam golongan yang sia-sia.

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar” – Surah Al-Asr (103:1-3)

Teruskan perbaiki kehidupan seharian dan K.E.R.J.A.K.E.R.A.S™

#ilovemyjob #takafuladvisor #etiqatakaful #kerjakeras

__________________________

Jom jadi wakil takaful, klik link ini untuk maklumat lanjut >> http://bitly.com/takafuladvisor

Bikin Serupa Cakap

  Jika kita mengaku kita seorang peniaga, maka sudah tentu kita akan berniaga. Jika kita mengaku kita seorang guru, maka sudah tentu kita akan mengajar. Jika kita mengaku kita seorang wakil takaful, sudah tentu kita akan bertemu seberapa ramai orang untuk diperdengarkan kelebihan menyertai takaful.

Pernah aku dengar satu perkongsian dari seorang wakil yang berjaya, beliau kata, “Apabila kita jadi wakil takaful, jangan jadikan ia fitnah orang keatas kita. Jika kita berhenti dari kerja yang sedia ada, kita perlu buktikan bahawa kerja sebagai wakil takaful ini lebih baik dari kerja dahulu. Jika kita dapat client, kita jaga elok-elok hubungan tersebut. Jika kita dapat rekrut wakil, kita kena pastikan dia boleh berjaya seperti kita. Oleh sebab itulah, saya mampu berada di sini sekarang dengan pelbagai kejayaan kerana saya bikin serupa cakap!”.

K.E.R.J.A.K.E.R.A.S

#ilovemyjob #takafuladvisor #etiqatakaful #kerjakeras

Kerjaya Tak Popular

 

Mula-mula ambil keputusan untuk jadi wakil takaful, hati ni penuh dengan gundah-gulana. Ye la… Bukan kerja makan gaji, akhir bulan tak tentu lagi dapat cukup duit nak tampung perbelanjaan. Dah la ambil keputusan buat full-time, basic income is zero!

Waktu tu rakan-rakan tengah sibuk pergi kursus JQaf, peperiksaan PTD, sambung belajar luar negara dengan tajaan kementerian, dan macam-macam lagi. Tapi aku? Aku baru nak bertapak dengan kosong!. Gila apa?

Hari-hari duduk fikirkan perkara tu. Nak tak nak kena juga buka booth depan CIMB di Batang Kali setiap malam sebab risau ‘miss soru‘ bila sampai pembayaran komisyen bulan depan. Tapi Allah Ta’ala itu Maha Adil, tengah kita bersusah hati dan hanya berharap bantuan-Nya, Dia hantar prospek yang akhirnya aku berjaya closed satu keluarga 7 kes dengan sumbangan secara tahunan. Kita usaha, kita dapat. Ya., komisyen yang aku terima pada bulan depan sekali ganda lebih tinggi dari gaji seorang guru siswazah yang terlatih. 

Lega.

Bila dah tahu cara nak hidup, fikiran nak cari kerja seperti rakan-rakan lain hilang secara tak sedar, walaupun begitu kadang-kadang terfikir juga. Tapi tidak melayan. Hanya tertanya, “Jika aku seorang executive atau guru, apa yang sedang aku lakukan sekarang ini?“.

Aku tak perlu ikut cara orang lain, kerana aku adalah aku.

K.E.R.J.A.K.E.R.A.S™

#ilovemyjob #takafuladvisor #etiqatakaful #kerjakeras

Perbaiki Diri

 

 Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri” – Ar-Rad (13:11)

Ayat Al-Quran diatas biasa kita baca dan dengar, tetapi apa kesannya kepada kita? Kalau nak senang faham dengan ayat mudah ialah – Allah Ta’ala sentiasa memberi peluang kepada hamba-Nya untuk ubah dan perbaiki diri sendiri untuk lebih berjaya baik di dunia mahupun akhirat.

Tapi biasanya langit tidak selalu cerah, dalam perjalanan tersebut, kita akan tempuh pelbagai ujian dan cabaran. Pada permulaan awal saya menyertai takaful sebagai wakil, dengan kelayakan pendidikan bertaraf Master Degree, pilihan “kerjaya tidak popular” (meminjam ayat seorang leader dalam Etiqa Takaful) menjadi ujian paling besar. “Belajar tinggi-tinggi tapi jadi ejen takaful“, sungguh low class bunyinya kerjaya wakil takaful ni. Tetapi saya memilih untuk tidak mengkayakan orang lain walhal saya boleh mengkayakan diri sendiri… Kenapa tidak? Yang penting saya percaya apa yang saya buat dan Allah Ta’ala sentiasa bersama saya.

Sesungguhnya “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya…” – Al-Baqarah (2:286).

K.E.R.J.A.K.E.R.A.S™

#ilovemyjob #takafuladvisor #etiqatakaful #kerjakeras

I S T I Q A M A H

Biasa kita dengar pepatah menyebut, “sikit-sikit, lama-lama jadi bukit“, jika kita faham yang ini, tiada masalah untuk kita mengukir kejayaan. Seorang mentor aku dalam takaful selalu berpesan, “Kes yang kita closed hari ni bukanlah satu hasil yang kita pada waktu closed tu, tetapi ia adalah hasil dari kerja kita sebelum-sebelumnya“. Ya, aku setuju. Allah Ta’ala melihat usaha-usaha kita yang dahulu, barulah Dia anugerahkan hasil selepas usaha tersebut. Tidak hairanlah kita lihat walaupun orang itu bukan muslim, tetapi dengah usahanya, dia akan dapat bahagian rezekinya. Itulah tanda adil Allah Ta’ala pada makhluknya walaupun makhluk tersebut tidak menyembahNya. Oleh itu, jika kita terus konsisten (istiqamah), akan ada hasil diantaranya. InsyaAllah.

Rasulullah SAW bersabda, “Amalan yang paling disukai Allah adalah amalan yang dilakukan secara istiqamah (terus-menerus) walaupun ianya sedikit“. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Dari Aisyah r.a. berkata, Nabi pernah ditanya, “Manakah amal yang paling dicintai Allah?”. Baginda bersabda, “Yang dilakukan secara terus menerus meskipun sedikit“. Baginda bersabda lagi, “Dan lakukanlah amal-amal itu, sekadar kalian sanggup melakukannya“. (Hadis Riwayat Bukhari) 

K.E.R.J.A.K.E.R.A.S™ 

#ilovemyjob #takafuladvisor #etiqatakaful #kerjakeras

Percaya Diri

Masa awal penglibatan aku dalam industri takaful ini, antara soalan yang paling popular ditanya oleh kenalan ialah, “Kenapa buat takaful, kenapa tak buat bla, bla, bla..“, ada juga yang tanya, “Kenapa pilih Etiqa Takaful, kenapa tak pilih Takaful XYZ…”, dll. Tetapi yang peliknya mereka yang tanya-bertanya ni tak pula berada dalam industri ini, entah-entah satu sijil takaful pun mereka tak ada sertai. Kadang-kadang kita hanya perlu raikan sahaja soalan mereka tanpa menjawab apa-apa dan selepas itu lupakannya sebelum ia menjadi virus pemikiran yang menggangu pekerjaan kita.

K.E.R.J.A.K.E.R.A.S™

#ilovemyjob #takafuladvisor #etiqatakaful #kerjakeras