Category Archives: Pendidikan

Sun Tzu: Seni Membina Perniagaan Baru

Biasa bila kita dengar Sun Tzu sering dikaitkan dengan Seni Peperangan (Art of War). Kali ini tidak lagi. Lebih-lebih lagi pada zaman ini peperangan sering berlaku dalam bentuk kuasa kewangan membina empayar perniagaan yang lebih kukuh.Klik di gambar untuk paparan yang lebih jelas.

Advertisements

Bicara Buku: Bersyukur Saat Diuji

20140602-100656-36416739.jpg

Buku ni dah lama dah ada, mak dan ayah beli di pesta buku di PWTC kalau tak silap aku. Buku tulisan Prof. Ahmad Kamil yang kini bekerja dan menetap di Kota Madinah. Buku ini wujud hasil pengalaman beliau dalam menghadapi saat-saat diuji dengan ujian bencana alam, ujian harta benda, ujian penyakit, ujian kematian, ujian fitnah dan banyak lagi.

Apa yang menarik dalam tulisan beliau ini, ia tulisan dari hati yang menyentuh hati aku selaku pembacanya. Sudah seminggu aku khatam, tetapi impak nasihat beliau kepada aku (pembaca) masih segar dan terasa. Nasihat kesabaran, kekuatan, ketaqwaan kepada Allah Ta’ala, nasihat-nasihat amalan, kecintaan kepada pencipta, nasihat khusyuk solat dan berbagai lagi, semua nasihat ini terkesan. Alhamdulillah.

Semoga penulisnya dirahmati Allah Ta’ala.

Di tag , , , , ,

Informasi Hospital Kerajaan Yang Ramai Tidak Tahu

Walaupun anda bekerja di Jabatan Kerajaan dan diberikan jaminan bilik kategori 1st class, tidak semestinya jaminan bilik 1st class tersebut dapat diduduki. Tetap kena ikut giliran menunggu bilik kosong. Jika tiada bilik kosong, duduk la di tempat yg kelas ekonomi sehingga giliran anda dipanggil.

Walaupun disediakan kepada kakitangan kerajaan dari segi bantuan kos rawatan, ubatan dan bilik rawatan yang baik, namun kos peralatan dikecualikan. Peralatan yang dimaksudkan adalah seperti peralatan besi, alat bantuan dll. Anda harus bayar dulu kos tersebut kemudian tuntut semula dengan jabatan.

Ramai dikalangan orang kerajaan tidak tahu tentang perkara ni. Jika kos peralatan memerlukan belanja puluhan ribu, mungkin secara tidak langsung akan bebankan keluarga mereka.

Agama Candu Masyarakat?

“Agama menjadi candu masyarakat” apabila:
1- Kita solat tapi tidak faham kenapa kita solat.
2- Kita berdoa, tapi tidak faham apa yang didoakan.
3- Kita berselawat, tapi tidak faham apa maka selawat.
4- Kita baca Quran, tapi al-Fatihah pun tak tau maksudnya.
5- Kita sembah Allah, tapi tak dapat nak jawab soalan, “Kenapa kita tak nampak Allah?”.
6- Kita beriman dengan malaikat, tapi tak dapat nak jawab, “Kenapa perlu ada malaikat, sedangkan Allah berkuasa?”.
7-
8-

Agama menjadi candu masyarakat – apabila kita buat amalan tanpa ilmu pengetahuan dan tanpa kefahaman.

Agama adalah suatu yang kudus dan suci manakala candu pula mengkhayalkan. Apa kaitannya?

Ia adalah ungkapan seorang Komunis yang tidak percaya kepada Tuhan. Dia menujukan kata-kata ini kepada pemimpin gereja yang memanipulasi gereja untuk memeras duit rakyat atas nama agama. Rakyat yang mendengar arahan pemerintah mengikut ketetapan itu dengan rela tanpa dapat berfikir secara lojik atas asas apakah perintah itu diamalkan. Mereka terkena dengan candu “perintah agama” sehingga menjadi rela dan redo atas apa yang berlaku dan sebagai balasannya adalah Syurga.

Marx menentang segala bentuk penindasan atas nama agama kerana ia memang mencandukan masyarakat. Atas nama agama sahaja, mereka sanggup berbuat apa sahaja walaupun miskin, susah, malah sehingga mati sekalipun. Islam pula bagaimana? Kerana ada di dalam Islam seperti mati Syahid dan sedekah kepada orang lain tanpa balasan. Adakah Islam juga candu kepada orang Islam?.

Ada dua perspektif bagi menjawab persoalan ini iaitu:

Pertama – Kerja, tawakkal dan redo bukan candu.

Terdapat di dalam rukun iman yang keenam itu ialah beriman kepada qada dan qadar. Iaitu mengimani bahawa apa yg berlaku, sama ada buruk atau pun baik, adalah dengan ketentuan Allah yg tidak mampu bg seseorang manusia menolaknya. Ungkapan seperti sabar, tawakkal dan sebagainya hanya diungkapkan selepas semua usaha dan ikhtiyar telah pun dilakukan. Pendekatan ini bukan mencandukan masyarakat, tetapi inilah iman kepada qada qadar yang Allah letakkan sebagai sebagai salah satu cara dalam menangani realiti kehidupan. Ada org susah, ada org miskin, ada yg kaya, dll. Kalau tiada iman ini org akan memberontak atau kecewa di dalam kehidupan, lalu membunuh diri.
Namun, ketika agama digunakan untuk menutup kelemahan sesuatu tindakan atau mencari alasan sebelum sesuatu tindakan yg berkesan dilakukan atau memeras wang dan keringat rakyat – kemudian diminta untuk bersabar, redo, syukur – maka ia adalah mencandukan masyarakat dengan agama.

Kedua – Agama perlu dengan ilmu.

Islam adalah agama yang sesuai dengan akal manusia. Kenyataan Marx itu ternyata meleset kerana Islam bukan kudus sehingga tidak boleh difahami. Sungguhpun ada di dalam Islam perkara yang gagal ditanggapi oleh akal tetapi kebanyakannya dapat difahami secara lojik. Masalahnya ialah orang Islam tidak dapat menjawab sehingga kepada persoalan basic di dalam agama seperti yang digariskan di atas. Ini menyebabkan agama dibuat atas dasar ikut-ikutan sahaja tanpa mengetahui asas kepada amalan itu. Dengan kata lain, dia rela dan sanggup melakukan amalan yang tidak difahaminya itu setiap hari walaupun dia tidak faham. Herankan.. kenapa? Mungkin agak kasar bunyinya, tetapi itulah ungkapan yang diberikan oleh Marx. Tetapi sekiranya orang Islam tidak faham Islam dalam perkara yang sangat basic, mungkin apa yang dikatakan oleh Marx ini ada benarnya.

Kredit: myfaisal online

Air Mata Rasulullah

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizin kannya masuk, “Maafkan lah,ayahku sedang demam“, kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?“, “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya“, tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut“, kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. “Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?“, tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu“, kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuat kan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?“, tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”, “Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku bahawa Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya“, kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini“, Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?”, tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal“, kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyatnya maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku“. Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. “Uushiikum bis shalati (peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu)“.

Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

Ummatii,ummatii,ummatii.. (Umatku, umatku, umatku”, dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihih, Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mengingat maut dan mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita.

Dimana Halalnya Takaful?

Alaa.. insurans konvensional dan takaful tu sama aje, nama dan istilah sahaja yang berbeza“, kata seorang peserta dalam taklimat takaful di sebuah pejabat kerajaan.

Surat JAKIM mengenai insurans (klik untuk besarkan imej)

Menjadi tanggungjawab aku untuk menerangkan perbezaan takaful dan insurans konvensional. Tidak perlu aku cerita semula mengenai Persidangan Fatwa Kali Ke-16 yang bertarikh 15-16 Februari 1979 yang telah memutuskan Insurans Nyawa (Life Insurance) adalah haram kerana terdapat 3 unsur Riba, Gharar (ketidakpastian) dan Judi kerana tak ramai yang faham makna dan istilah itu. Malah kadang kala ada sebahagian yang lebih faham agama dari Majlis Fatwa Kebangsaan ini. so, kita lupakan fatwa ini sekejap.

Mari kita bincang perkara yang lebih mudah. Apa itu akad jual beli?. Dalam Islam, jika sesuatu perkara itu terlibat dengan muamalat jual beli, maka ia mesti memenuhi rukun dan syarat jual beli tersebut. Antara rukunnya ialah:
1. Penjual dan pembeli
2. Sighah (ijab dan qabul)
3. Ma’qud Alaih (barang dan harga)

Hukum jual beli adalah halal dalam Islam jika sempurna rukun-rukunnya dan tiap-tiap rukun itu sempurna syarat-syaratnya. Sebagai contoh di antara syarat-syarat barang yang mesti dipenuhi ialah:
1. Wujud semasa jual beli
2. Harta yang bernilai dan bermanfaat
3. Milikan sah
4. Mampu untuk diserahkan
5. Mengetahui kuantiti, jenis dan sifat

Persoalannya di sini, apakah ciri-ciri “barang” dalam kontrak jual beli insurans nyawa (konvensional) seperti yang ditetapkan oleh syarak?

Kita sedia maklum bahawa kontrak insurans hanyalah sekeping kertas yang tertulis padanya manfaat kematian, manfaat-manfaat tambahan dan syarat-syarat dan terma kontrak. Tetapi tiada padanya “barang”. Selain itu bila penyerahannya? Penyerahan bila pembeli insurans tersebut mati. Tapi bila pembeli itu mati? Ada siapa yang dapat jawab.

Ok, di sini sudah jelas bahawa urusan jual beli insurans konvensional tidak dapat dipenuhi mengikut hukum syarak, atau dengan ayat mudah urusan tersebut tidak sah. Tetapi bagaimana takaful boleh diterima sedangkan method insurans konvensional dan takaful adalah sama.

Ya, method insurans konvensional dan takaful memang sama, tetapi urusan takaful tiada jual beli. Urusan jual beli tersebut telah digantikan dengan kaedah tabarru‘.

Maksud Tabarru’ ialah menderma atau memberi hak milik secara percuma. Dalam operasi takaful setiap peserta yang ingin mendapat perlindungan takaful mestilah dengan niat yang ikhlas menyumbang (tabarru’) sebahagian tertentu dari sumbangan atau caruman bagi membantu peserta-peserta lain yang menghadapi musibah. Dalam industri takaful, tabarru’ yang diperkenalkan ialah tabarru’ bersyarat (sumbangan bersyarat). Oleh yang demikian, dengan secara automatiknya kontrak dalam takaful adalah dibolehkan dalam Islam kerana tidak berlaku jual beli tersebut.

Secara sedar atau tidak, hukum jual beli dan syarat sah jual beli tidak berlaku dalam takaful. Di Malaysia, takaful mempunyai aktanya sendiri iaitu Akta Takaful 1984 yang membolehkannya berdiri sendiri sebagai satu pilihan alternatif dalam pengurusan risiko selain insurans. Selain itu juga, setiap syarikat pengendali takaful mempunyai Badan Pengawasan Syariah bagi mengawal kehalalan skim-skim takaful yang dikeluarkan, malah di Bank Negara Malaysia juga mempunyai Lembaga Pengawasan/Penasihat Syariah yang mengawalselia skim-skim takaful yang dipasarkan kepada orang ramai. Maknanya di sini, setiap skim takaful yang berada di Malaysia mendapat 2 tapisan syariah sebelum dipasarkan.

Bagi setiap syarikat pengendali takaful di Malaysia, setiap caruman oleh peserta hendaklah dilaburkan di tempat yang halal. Tempat-tempat yang halal ini dikawal oleh Suruhanjaya Sekuriti yang juga mempunyai Lembaga Pengawasan/Penasihat Syariah mereka sendiri dalam menentukan tempat/syarikat “Patuh Syariah” (Syariah Compliance). Oleh itu, secara dasarnya skim takaful memang halal dan dibolehkan, dan secara jelas insurans konvensional tidak mempunyai perkara-perkara ini.

Apa yang menjadi perbincangan dan salah faham sekarang ini adalah ada diantara kita yang tidak faham dan tidak mahu memahami takaful itu. Jika seorang itu telah membeli insurans konvensional dengan alasan 30 tahun dahulu tiada skim takaful, maka itu memang benar. Tetapi kini skim takaful sudah wujud, maka menjadi tanggungjawab diri sendiri untuk berhijrah ke skim yang lebih halal ini.

Dan ini menjadi tanggungjawab seorang wakil takaful untuk mempromosikan skim takafulnya disamping itu tanggungjawab yang besar adalah untuk memberi kefahaman yang jelas mengenai takaful tanpa memburukkan insurans konvensional. Bagi aku ini adalah sebahagian dari dakwah Islamiah. Perkara yang baik seeloknya dihebahkan kepada semua orang.

Perbezaan Antara Insurans dan Takaful (klik untuk besarkan imej)

Wallahu’alam bissawab…