Category Archives: Silaturrahim

Wali, Waris dan Warisan

Perkara yang selalu kita terlepas pandang.

Jika anda seorang ATUK, AYAH, ABANG atau ADIK LELAKI, anda adalah WALI kepada CUCU PEREMPUAN, ANAK PEREMPUAN, KAKAK dan ADIK PEREMPUAN anda dimana terletak pada anda TANGGUNGJAWAB jika mereka kematian SUAMI.

Sebagai wakil takaful, nasihat aku mudah sahaja iaitu – menjadi TANGUNGJAWAB anda untuk memastikan semua MENANTU LELAKI, ABANG dan ADIK IPAR LELAKI anda memilik sijil TAKAFUL kerana jika berlaku musibah terhadap mereka, sekurang2 tidak menjadi beban kepada ANDA sebagai WALI mereka dari segi kewangan, kerana….

….kerana nak tanggung diri sendiri dan keluarga sendiri pun menggagau setiap bulan, boleh pening mikir… Temui wakil takaful anda sekarang, atau PM aku…

Dibawah ini adalah satu perkongsian dari rakan Facebook:

Rupanya setelah kematian suami tanggungjawab mencari nafkah buat anak-anak jatuh kepada walinya…iaitu datuk atau pakciknya, bukan tanggungjawab si ibu. (Perkongsian dari ustazah Nik Salida Suhaila – al Maraaya, tv alhijrah). Padanlah dari segi pemberian faraid bahagian isteri paling sedikit berbanding yang bakal diterima oleh waris yang lain. Saya tahu pun setelah kematian ayah 7 tahun yang lepas. Pada ketika itu saya tertanya-tanya, kenapa bahagian isteri paling sedikit sedangkan isterilah yang bakal menanggung keperluan anak-anak kelak. Bahkan rumah dan kereta peninggalan suami boleh dituntut wali jika tidak tersenarai sebagai harta pusaka yang dikhususkan untuk si isteri.

Ramai dari kita tidak tahu kerana belum pernah dengar lagi ada wali yang mencari nafkah buat anak yatim yang masih mempunyai ibu. Inilah amanah Allah yang dilupakan. Demikianlah besarnya tanggungjawab seorang lelaki…bertanggungjawab anda bukan hanya kepada anak isteri sahaja.

Air Mata Rasulullah

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizin kannya masuk, “Maafkan lah,ayahku sedang demam“, kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?“, “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya“, tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut“, kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. “Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?“, tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu“, kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuat kan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?“, tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”, “Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku bahawa Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya“, kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini“, Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?”, tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal“, kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyatnya maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku“. Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. “Uushiikum bis shalati (peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu)“.

Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

Ummatii,ummatii,ummatii.. (Umatku, umatku, umatku”, dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihih, Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mengingat maut dan mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita.

Nama Itu Miliknya

Puteraku Muhammad ‘Irfan. Nama pilihan yang terbaik dari beberapa yang dipilih untuk memenuhi tuntutan. Bukan sesuatu yang mudah untuk di letakkan nama kepada seseorang, salah makna takut buruk nasibnya kelak.

Pilihan yang tepat bukan sekadar keindahan perkataan, tetapi juga pada bahasa dan perucapan yang mudah difahami dan mudah dilafazkan. Tiada short form yang boleh merosakkan makna namanya. Itulah dasar pemilihan nama yang sebaik-baiknya.

Kelahirannya yang jatuh pada bulan yang sama (9 Rabiulawal 1431 Hijriah) dengan bulan Maulid Nabi Muhammad S.A.W (12 Rabiulawal) menjadikan nama Muhammad diletakkan dengan rasmi sebagai nama pertama puteraku ini. Selain itu juga, adalah menjadi hajatku dan zaujah mengkehendaki Muhammad sebagai namanya jika kami menimang seorang putera.

‘Irfan yang membawa maksud Kebijaksanaan, Kesyukuran dan Pengetahuan menjadi pilihan kedua bagi menyempurnakan nama puteraku ini sebagai hajat agar dirinya kelak menjadi insan yang bijaksana, bersyukur dan berpengetahuan luas.

Seperti yang telah aku nyatakan, pilihan ini berdasarkan makna yang baik. Melihat kembali kepada perjalanan aku dan zaujah dalam menghadapi kehidupan berkeluarga yang baru setahun jagung ini menjadikan diriku sedikit sebanyak  matang dengan hiruk-pikuk kehidupan dunia. Kadang-kadang kerohanian terlupa dek mengejar keduniaan. Tapi apakan daya diri ini yang lemah selalu membuat silap.

Aku bersyukur dengan limpah kurniaan nikmat dan berkat yang diberikan kepada aku dan keluarga. Dengan kelahiran kedua ini dan pemilihan namanya yang indah dan penuh makna memberi kekuatan padaku untuk menjadi seorang bapa seperti ayah dan ibuku yang memelihara, mendidik dan mengajar aku menjadi manusia bukan hayawanu natiq (haiwan yang berfikir).

Aku berfikir agar inilah caranya, inilah maknanya, inilah ketentuan dari Yang Esa agar anakku dinamakan itu kerana nama itu miliknya.

Wallahu’alam.

Kelahiran Baru. Putera Baru

Tarik nafas… Alhamdulillah… fuhh.. selamat akhirnya.

Ini kali aku tengok secara live di kaca cermin mata aku kelahiran seorang putera baru dalam hidup aku. Sebelum ni, kelahiran puteri sulung (anak pertama) tak dapat nak tengok secara live sebab bersalin guna vacuum. Doktor takut aku pengsan tengok darah, jadi mereka nasihatkan aku tunggu di luar. Aku akur… hari ni dia berumur genap 1 tahun 7 bulan dan sihat wal-afiat.

Pada hari ini juga, 23 Februari 2010 kelahiran putera sulung (anak kedua) aku dapat me’rakam’ dalam ingatan perit getir seorang ibu bersusah payah menahan sakit untuk melahirnya anak untuk kita. Kalau aku di tempatnya? Entahlah.¬† Mengendong kandungan selama 38 minggu 2 hari, loya-loya, letih, pening dan ada darah tinggi lagi!. Tiada jawapan adakah aku sanggup atau tidak. Itulah kekuatan seorang wanita.

Aku masih lagi mencari nama yang sesuai untuknya. Yang pasti perkataan “Muhammad” perlu ada demi ingatan kepada Baginda Rasulullah S.A.W. Selain itu juga, untuk kesinambungan dari salah satu perkataan dari nama aku. For the rest of the name… any ideas?. Dah beritahu pada ayah kalau ada cadangan nak letak nama apa pada cucu lelaki pertamanya ini. Sekurang-kurangnya ada kenangan dari ayah. Huhu.

Sekarang aku sudah mempunyai sepasang anak. Jadi, kerja kena kuat demi menjaga amanah ini. Semoga kedua-duanya menjadi anak yang solehah dan soleh. Amin.

Reunion ex-SMAPTian ’98 Kali Ke-2

Alhamdulillah, dapat juga berjumpa kawan-kawan yang lama terpisah (tak lama sangat pun, ada la dalam 5 – 12 tahun gitu). Mana yang selalu datang reunion tu selalu la jumpa. Tapi yang jarang-jarang nak bersosial dengan orang ramai ni susah sikit nak jumpa, jangan marah mana yang terasa tu. Haha.

Dalam blog ni, aku tepekkan la sikit gambar-gambar kenangan reunion di kantin sekolah SMAPT yang penuh dengan nostalgia. Ada la dalam 26 kerat yang datang, tapi yang sedih sekali wakil dari bekas pelajar perempuan seorang aje yang ada. Yang lain semua ikut suami katanya…. isteri solehah la katakan. Haha. Walaupun begitu, Karim cakap nak buat lagi akhir tahun ni, kali ni target yang hadir kena lebih. Apa pun, tahniah pada Karim sebab berusaha untuk buat program ni. Insya Allah, kami akan membantu.

Kalau nak tengok banyak lagi gambar, klik di sini.

Adios!